Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Samsung Lancar Galaxy XCover Pro, Telefon Pintar Dengan ‘Removable Battery’

Posted on Januari 10, 2020Januari 10, 2020

Samsung Galaxy XCover Pro adalah telefon pintar lasak yang mempunyai bateri boleh tanggal (removable battery), iaitu ciri yang hampir tidak lagi kedengaran dalam telefon moden. Secara teknikal, telefon ini telah dilancarkan di Finland minggu lalu, namun Samsung melancarkannya secara senyap.

Ia hadir dengan kapasiti bateri 4050mAh yang membolehkan anda menukar dengan bateri simpanan yang sudah penuh apabila bateri sedia ada kehabisan kuasa.

Selain bateri yang boleh ditanggalkan, tumpuan sebenar telefon ini adalah rekaan yang lasak. Ini bermakna, ia mampu bertahan untuk digunakan dalam beberapa elemen. Menurut laporan, ia mempunyai ciri tahan habuk dan air dengan penarafan IP68, dan boleh bertahan jika jatuh sehingga 1.5 meter. Selain itu, skrin paparannya boleh berfungsi dalam keadaan basah atau ketika memakai sarung tangan.

Galaxy XCover Pro
Gambar: Android Police

Di samping itu, telefon ini dilengkapi dengan pengimbas kod bar dan mempunyai dua butang yang boleh diprogramkan. Spesifikasi yang terdapat pada Galaxy XCover Pro adalah paparan LCD 6.3 inci dengan 1080p, chipset Exynos 9611, 4GB RAM, dan 64GB storan.

Ia mempunyai dua kamera belakang, termasuk sensor utama 25 MP dan sudut ultra-lebar 8 MP, manakala di bahagian depan terdapat kamera swafoto 13 MP yang terdapat dibahagian tepi paparan skrin. Namun, ia didatangkan dengan sistem operasi Android Pie dan bukannya Android 10 yang lebih terkini.

Samsung Galaxy XCover Pro boleh didapati mulai akhir bulan di seluruh Eropah, dengan harga € 499 (~ RM 2,200). Tiada maklumat sama ada XCover Pro akan memasuki pasaran global yang lain.

Sumber: GSM Arena, The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress