Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
samsung apple

Samsung Kembali Dengan Sejumlah ‘Sindiran’ Terbaharu Kepada Apple

Diterbitkan September 10, 2022 · Dikemas kini September 10, 2022 oleh Amalina Athman

Umum mengetahui, Apple telah melancarkan sejumlah produk baharu pada acara yang berlangsung 7 September lepas. Antara yang diperkenalkan termasuklah siri iPhone 14.

Terbaharu, kelihatan seperti belum lagi tamat episod ‘sindiran’ Samsung terhadap Apple. Dikatakan sebagai ringkasan reaksi terhadap peranti baharu “inovatif” yang diumumkan pada Rabu lalu, Samsung Amerika Syarikat telah memuat naik bebenang di Twitter dengan sejumlah ‘perlian’ yang jelas ditujukan kepada Apple.

Berkaitan

  • Menjelang Pelancaran iPhone 14, Samsung Muat Naik Video Baharu Untuk Perli Apple
  • Siri iPhone 14 Pro - Berakhirnya Takuk, Satu-Satunya Dengan 'Always-On-Display'
  • iPhone 14 Dan iPhone 14 Plus Kini Rasmi, Dijana Cip Pemproses A15 Bionic
  • Pra Tempah iPhone 14 Dibuka Bermula 16 September, Ini Senarai Harga
  • Anak Steve Jobs 'Sindir' Pelancaran iPhone 14, Ramai Tersenyum Setuju

Untuk kali ini, Samsung mengetengahkan kekurangan yang ada pada iPhone terbaharu termasuk ketiadaan telefon boleh lipat sehingga saat ini, sementara Samsung sudah melancarkannya lebih dua tahun lepas.

pic.twitter.com/cc6yKHbFoq

— Samsung Mobile US (@SamsungMobileUS) September 9, 2022

Tidak hanya itu, Samsung juga mempersoalkan mengenai penawaran megapiksel kamera iPhone dengan hanya 48MP, di mana mereka telah pun menawarkan kamera dengan 108MP.

Bukan perkara baharu, Samsung telah memuat naik kempen iklan dengan memerli Apple sejak sebelum iPhone 14 diperkenalkan lagi. Baru-baru ini, syarikat itu telah memuat naik video di YouTube dengan menyatakan inovasi yang ada pada peranti Samsung tidak akan datang dalam masa terdekat untuk iPhone.

It's sad to see a company as big as Samsung having this type of marketing to sell its smartphones ! Really sad… 😢

— iPhoneSoft.fr (@iphonesoft_fr) September 9, 2022

Tindakan Samsung melakukan pemasaran dengan cara demikian mendapat pelbagai reaksi pengguna, yang mana rata-ratanya kurang bersetuju. Ada yang menganggap gergasi teknologi seperti Samsung tidak perlu berbuat pemasaran dengan cara tersebut.

Sumber: Twitter Samsung Amerika Syarikat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY