Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
anak steve job iphone 14 2

Anak Steve Jobs ‘Sindir’ Pelancaran iPhone 14, Ramai Tersenyum Setuju

Diterbitkan September 9, 2022 · Dikemas kini September 9, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Beberapa jam selepas Apple melancarkan 4 model baharu iPhone 14, anak mendiang Steve Jobs tidak tunggu lama untuk berkongsi buah fikirannya tentang siri baharu itu.

Tanpa perkataan mahupun lisan, Eve Jobs hanya berkongsi satu gambar saja melalui Instagram Story untuk mendapat liputan seluruh dunia.

Anak Steve Jobs ‘Sindir’ Pelancaran iPhone 14, Ramai Tersenyum Setuju

Bukan itu sahaja, boleh dikatakan semua pihak bersetuju dengan meme tersebut kerana sememangnya tidak ada naik taraf yang signifikan kali ini.

Eve Jobs ialah anak bongsu Steve Jobs dengan Laura Powell Jobs. Dia dilahirkan pada 1998 dan mempunyai dua kakak kandung, Reed dan Erin manakala seorang kakak berlainan ibu bernama Lisa Brennan-Jobs.

Steve Jobs' Daughter Is Nothing Like Him - And He'd Be So Proud Of Her - Goalcast

Jika anda mengikuti biografi Steve Jobs terutama melalui filem Steve Jobs (2015), anda pasti tahu kisah kontroversi pengasas Apple itu dengan Lisa seawal kelahirannya dan kaitannya dengan penciptaan komputer LISA.

Anak Steve Jobs ‘Sindir’ Pelancaran iPhone 14, Ramai Tersenyum Setuju

Berbalik pada iPhone 14, Apple betul-betul menekankan ciri Crash Detection dan sambungan satelit namun kedua-dua ciri ini bukanlah ciri yang digunakan pengguna setiap hari, kata netizen. Bahkan sambungan satelit juga terhad di AS dan Kanada.

Yang lebih mengecewakan, versi iPhone 14 biasa dikuasakan cip A15 Bionic yang digunakan iPhone 13. Hanya iPhone 14 Pro dan Pro Max diberikan cip baharu, A16 Bionic yang sedikit lebih berkuasa.

Berkaitan

  • Siri iPhone 14 Pro - Berakhirnya Takuk, Satu-Satunya Dengan 'Always-On-Display'
  • Rasmi, Apple Watch Ultra - Sasar Aktiviti Lasak, Bateri Tahan 60 Jam Untuk RM3,799
  • Apple Watch Series 8 Diumumkan - Dilengkapi 'Crash Detection', Sensor Suhu Baharu
  • Apple Watch SE Generasi Kedua Diperkenal Dengan Harga Lebih Murah
  • iOS 16 Akan Dilepaskan Minggu Depan
  • 5 Promosi Jenama Aksesori Elektronik Terbaik Sempena 9.9
  • Apple Turunkan Harga iPhone 13 Dan 12
  • Apple Naikkan Harga Jualan iPhone SE 2022 Untuk Pasaran Malaysia

Secara keseluruhannya, boleh dikatakan tiada apa-apa yang utama membezakan iPhone 14 biasa dengan iPhone 13 biasa.

Namun, iPhone 14 Pro sememangnya menjadi perhatian kerana menawarkan ciri dan fungsi baharu terutamanya dengan Dynamic Island.

iPhone 14 dijual bermula RM4,199 di Malaysia. Untuk senarai harga penuh kesemua iPhone 14, klik SINI.

Sumber: Eve Jobs

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY