Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screen Shot 2018-07-10 at 11.49.23 AM

Samsung Galaxy S10+ Akan Memiliki 5 Kamera

Diterbitkan Julai 10, 2018 ยท Dikemas kini Julai 10, 2018 oleh Haikel Areff

Kehadiran peranti flagship dari Samsung semestinya menjadi perhatian ramai dan tahun ini kita telah menyaksikan barisan Galaxy S9 diperkenalkan dengan membawakan rekaan yang sedikit unik, aperture kamera yang boleh dilaras secara mekanikal. Langkah yang diambil mereka menempatkan S9 antara yang teratas dalam carta kamera terbaik ketika ini. Namun begitu, kami lihat ianya tidak begitu mengujakan pengguna di pasaran dengan jualan yang sederhana.

Maka dengan itu, ianya masuk akal apabila ada khabar angin tentang peranti Galaxy S10 (yang selalunya akan diperkenalkan pada awal tahun depan) akan dimuatkan dengan 3 kamera utama seperti apa yang diketengahkan oleh Huawei P20. Strategi 3 kamera utama dari Huawei adalah satu strategi yang kami boleh katakan bijak, tak kira dari segi fotografi atau pemasaran, ianya adalah genius!

Dalam usaha untuk memberikan ‘inovasi’ baru dalam rekaan mereka, Samsung juga dikatakan bakal memuatkan dua kamera swafoto menjadikan model Galaxy S10 seterusnya memiliki 5 kamera!

Screen Shot 2018-07-10 at 11.53.47 AM

Menurut sumber, akan ada tiga model dalam senarai barisan Galaxy S10. Yang pertama (S10) akan hadir dengan skrin 5.8 inci Super AMOLED dan 12MP sudut luas + 12 MP telefoto.

Yang kedua (S10+) dengan pengimbas cap jari di bawah skrin, Super AMOLED 6.44 inci dan tiga kamera utama 12MP sudut luas+ 12MP telefoto + 16MP sudut 120 darjah (Super Wide Angle). Manakala model ke-tiga (S10+) diberikan penambahan dwi-kamera swafoto disamping tiga kamera utama, menjadikannya peranti dengan 5 kamera.

Adakah anda juga teruja seperti penulis? 5 kamera beb!

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
  • Penyelidik Bangunkan Peranti Wayarles Yang Mungkin Dapat Bakar Lebihan Gula Dalam Darah Pesakit Diabetis Jenis 2
  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
  • 10 Laman Web Rujukan Akademik Yang Boleh Digunakan Pelajar
  • Reddit Bakal Utamakan Pengguna Log Masuk, Akses Tanpa Akaun Mungkin Dihadkan
  • Harga Telefon Pintar Semakin Mahal, Pengguna Terpaksa Setia Dengan Model Lama
©2026 WISER.MY