Ciri Samsung Galaxy S10 Tertiris Menjanjikan Pengesan Cap Jari Bawah Skrin

Samsung Galaxy S10 akan menggunakan pengesan cap jari di bawah skrin, menurut laporan akhbar Korea Selatan, The Bell. Pengesan cap jari seperti ini telah digunakan oleh peranti Vivo X20 Plus UD ini akan membenarkan pengguna untuk membuka peranti mereka dengan meletakkan jari pada skrin sahaja. Menurut laporan, Samsung sudah pun mengesahkan rekaan akhir skrin tersebut untuk peranti keluaran mereka bagi tahun 2019 nanti.

Peranti yang buat masa kini dinamakan Galaxy S10 (masih belum rasmi) ini akan mempunyai paparan skrin OLED bersaiz 5.8 inci manakala bagi peranti Galaxy S10+ pula akan dilengkapi dengan skrin OLED seluas 6.3 inci. Kedua-dua peranti ini akan menggunakan rekaan Infinity Display yang pertama kali diperkenalkan pada peranti Galaxy S8 yang lalu.



Walaubagaimanapun, ura-ura berkenaan ciri peranti boleh lipat bakal digunakan pada Samsung Galaxy S10 berkemungkinan besar tidak menjadi kenyataan. Perkara ini berlaku apabila pihak Samsung lebih memilih untuk menghasilkan peranti yang lebih stabil berbanding sebuah inovasi terbaru yang membuat perubahan yang sangat ketara.



Menurut The Bell lagi, sistem pengesanan kamera 3D juga mungkin akan diperkenalkan pada Galaxy S10 ini dan ia masih dalam proses pembangunan. Sebelum ini, apabila Samsung memperkenalkan ciri Infinity Display dan terpaksa membawa pengesan cap jari ke bahagian belakang peranti, ramai yang kurang bersetuju kerana mendakwa akan ada kotoran dari cap jari yang terkena pada lensa kamera.

Ikuti laman Facebook rasmi Samsung untuk mengetahui perkembangan terbaru berkenaan produk keluaran mereka.

Sumber