Samsung Galaxy Note 7 Refurbished Dijual Semula Jun Ini

Bulan lepas, Samsung telah mengesahkan khabar angin mengenai penjualan semula model kontroversi Galaxy Note 7 ke pasaran telefon pintar.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh ET News, telefon pintar yang "dikitar semula" itu akan ditawarkan di Korea Selatan mulai penghujung Jun hadapan.

Bakal menggunakan nama Galaxy Note 7R (Ripper), ia akan dijual pada harga sekitar 700,000 won atau bersamaan dengan RM2670.68 mengikut kadar tukaran matawang semasa.

Ketika mula dipasarkan tahun lalu, Note 7 dijual dengan harga RM3199 di Malaysia, dan nampaknya penurunan harga yang ketara telah dilakukan oleh Samsung.

Laporan yang sama turut menyatakan bahawa, Note 7R akan dilengkapi dengan bateri yang berkapasiti lebih kecil (3200mAh) berbanding keluaran terdahulu (3500 mAh).

Walaubagaimanapun tidak dinyatakan tentang penawaran model ini ke negara lain dan ia mungkin hanya akan ditawarkan di Korea Selatan sahaja berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Samsung pada Mac lalu:
"Objektif memperkenalkan peranti diubahsuai adalah semata-mata untuk mengurangkan dan meminimumkan kesan terhadap alam sekitar. Butiran tentang produk termasuk nama, spesifikasi teknikal dan harga akan diumumkan apabila peranti mula ditawarkan. Samsung tidak akan menyewakan atau menjualGalaxy Note 7 "refurbished" di Amerika Syarikat."

Sumber; ET News