Foto Ini Didakwa Samsung Galaxy Note 7 'Refurbished'

Umum sudah mengetahui Note 7 merupakan penyebab Samsung kerugian berbilion ringgit dek kerana masalah bateri.

Pada minggu yang sudah, Samsung telah mengakui bahawa mereka akan menjual kembali telefon pintar Note 7 yang telah diubah suai.

Menerusi laman teknologi berbahasa Vietnam, SamsungVN, beberapa keping foto dimuat naik dan sumber lamanĀ itu turut menyatakan Note 7 refurbished sudah memasuki fasa terakhir pengubahsuaian sebelum sedia dipasarkan.

Refurb-Note-7-home-screen-300x533

Refurb-Note-7-about-phone-300x533

Refurb-Note-7-battery-info-300x533

 

Model refurbished itu dipercayai menggunakan Android Nougat (sebelum ini dikeluarkan dengan Android Marshmallow).

Selain itu, kapasiti bateri juga turut dikurangkan daripada 3500mAh kepada 3200mAh.

Masih belum dapat dipastikan bila dan berapa harga pasaran untuk penjualan semula model yang diubah suai ini.

Sumber: Samsung VN