Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Galaxy Note 7 Bakal Dijual Semula Pada Potongan Separuh Harga – RM 1908

Samsung Galaxy Note 7 Bakal Dijual Semula Pada Potongan Separuh Harga – RM 1908

Diterbitkan Mei 14, 2017 · Dikemas kini Mei 14, 2017 oleh Haikel Areff

Berikutan berita tentang kemunculan semula Samsung Galaxy Note 7 beberapa bulan lepas, hari ini muncul lagi khabar angin tentang harga yang akan dijual ke pasaran. Menurut sumber dari orang dalam syarikat Samsung, Galaxy Note 7 mungkin akan diperkenalkan semula dengan potongan harga sehingga 50%.

Samsung pada ketika ini masih belum mengeluarkan tarikh rasmi pelancaran semula Galaxy Note 7. Tetapi yang pastinya Samsung akan memperkenalkan peranti ini sebelum Galaxy Note 8 pada tahun ini.

Mengikut pengamatan kami dan khabar angin di internet, Note 7 mungkin diperkenalkan semula secara global pada bulan Jun ini dan dilaporkan akan dijual seawal pertengahan Mei ini di Korea. Kalau salah mintak maaf.

Info tertiris sebelum ini ada menyatakan tentang peranti ini dijual pada $620 (RM2689) tetapi berita terbaru mengatakan Note 7 akan dipasarkan dengan harga lebih rendah pada hanya $440 (RM1908), mengikut tukaran mata wang semasa.

Galaxy Note 7 yang dibaikpulih ini akan dipasarkan dengan nama baru, Note 7R (ripper) bersama kapasiti bateri yang dikecilkan-3,200mAh dan akan dijalankan dengan sistem operasi Nougat 7.0. Spesifikasi lain mungkin tidak berubah.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
©2026 WISER.MY