Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Display Huawei

Samsung Display Terima Lesen Untuk Bekalkan Skrin Kepada Huawei

Diterbitkan Oktober 27, 2020 · Dikemas kini Oktober 27, 2020 oleh Amalina Athman

Pada September lepas, Samsung Display dilaporkan telah berunding dengan Amerika Syarikat (AS) untuk terus menjual skrin OLED kepada Huawei. Kini, laporan terbaru menyatakan syarikat dari Korea Selatan itu telah menerima lesen dari kerajaan AS untuk membekalkan panel mereka kepada Huawei Technologies.

Ia menjadikan Samsung Display sebagai syarikat pertama dari Asia yang diberi lampu hijau untuk meneruskan urus niaga bersama gergasi teknologi dari China itu.

Huawei merupakan pelanggan utama bagi kedua-dua Samsung Display dan Samsung Electronics. Bagi Samsung Display, ia merupakan pembekal utama Huawei untuk panel OLED dan sebagainya.

Bagaimanapun, masih belum jelas jika Huawei dapat menggunakan panel OLED oleh Samsung Display atau sebaliknya. Ia berikutan, rantaian bekalan yang menghasilkan komponen untuk pembuatan panel tersebut juga perlu mendapatkan lesen dari Amerika Syarikat. Menurut sumber,

“Samsung Electronics and SK Hynix have not gotten approval from the U.S. for the sale of chips to Huawei. So, it is uncertain whether Huawei can produce its smartphones with just the panel supplies,”

Buat masa ini, SK Hynix telah mengesahkan belum menerima lesen berkenaan, manakala Samsung Electronics pula telah menolak untuk memberikan sebarang komen.

Sumber: Nikkei Asia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY