Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Twitter iPhone

Samsung Dilihat Membuat Ciapan Di Twitter Menggunakan iPhone

Diterbitkan Januari 14, 2021 oleh Amalina Athman

Seperti yang diketahui, Samsung akan melancarkan siri Galaxy S21 menerusi acara Galaxy Unpacked yang akan berlangsung malam ini. Terbaru, Samsung Mobile US dilihat telah membuat ciapan di Twitter untuk mempromosikan acara Galaxy Unpacked tersebut.

Apa yang menarik perhatian, ciapan tersebut dilaporkan telah dimuat naik menggunakan iPhone yang merupakan peranti dari pesaing mereka, Apple. Kini, ciapan itu telah pun dipadamkan, tetapi MacRumors telah memuat naik semula tangkap layar bagi ciapan berkenaan.

Oops! Samsung just used an iPhone to promote tomorrow's Unpacked event for the upcoming Galaxy S21. pic.twitter.com/rvpGKhUjfu

— MacRumors.com (@MacRumors) January 13, 2021

 

Jika mengimbas kembali, ia bukanlah kali pertama Samsung membuat ciapan menggunakan iPhone. Perkara yang sama pernah dilakukan pada tahun 2018. Tidak diketahui jika perkara ini merupakan strategi pemasaran atau benar-benar tidak disengajakan.

Di sisi yang lain, Samsung sebelum ini pernah memuat naik imej yang jelas memerli Apple mengenai kepala pengecas. Ia kemudian telah memadam imej berkenaan, dan kini telah disahkan Galaxy S21 akan hadir tanpa kepala pengecas.

Sumber: Twitter via IT Home

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY