Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot (325)

Sah Tiada Pengecas Disertakan Dalam Kotak Pembelian Samsung Galaxy S21

Diterbitkan Januari 12, 2021 · Dikemas kini Januari 12, 2021 oleh Meor Hasyim

Bermula dari Apple berjangkit kepada Xiaomi, Samsung pula dikatakan bakal menjadi mangsa seterusnya ketiadaan pengecas disertakan dalam kotak.

Menerusi imej pemasaran Samsung S21 yang dimuat naik oleh WinFuture, ia mengesahkan teka-teki pengguna selama ini bahawa tiada pengecas yang akan diterima di dalam kotak.

Melihatkan kepada kotak yang nipis tersebut, ia menyatakan hanya akan ada buku manual, kabel USB-C, dan juga pin pencucuk untuk SIM.

Sah Tiada Pengecas Disertakan Dalam Kotak Pembelian Samsung Galaxy S21

Samsung sebelum ini pernah mengejek Apple kerana tidak menyertakan pengecas pada iPhone 12 mereka. Namun tidak lama kemudian memadam iklan tersebut secara tiba-tiba tanpa penjelasan.

Walaupun berita ini belum rasmi lagi memandangkan pengenalan S21 hanya akan berlaku pada 14 Januari, WinFuture mempunyai rekod dan reputasi bagus sebagai pelapor ura-ura. Tambahan pula beliau turut memuat naik poster pemasaran Galaxy S21 dan imej kotak nipis ini adalah sebahagian darinya.

Sah Tiada Pengecas Disertakan Dalam Kotak Pembelian Samsung Galaxy S21

Walaupun sebab rasmi pembuangan pengecas ini tidak diketahui pengguna, sudah tentu pihak Samsung menyatakan ia adalah untuk menjaga persekitaran sebagaimana Apple dan juga Xiaomi.

Selain Samsung dan Xiaomi, vivo dan OnePlus turut mengejek Apple kerana membuang pengecas. Mari kita lihat adakah mereka turut tidak menyertakannya juga.

Sumber: WinFuture 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY