Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Note 8 Turun Harga, Boleh Dimiliki Pada Nilai RM2499

Samsung Sekali Lagi Terlihat Membuat Kiriman Twitter Menggunakan iPhone

Diterbitkan Disember 14, 2018 oleh Haikel Areff

Nampaknya, Samsung masih lagi tidak belajar daripada kesilapan yang lalu. Selepas Samsung Nigeria “terkantoi” membuat kicauan Twitter menggunakan peranti iPhone, kini Samsung Mobile India juga melakukan kesilapan sama.

Kiriman itu dibuat bagi mempromosikan peranti quad-kamera pertama mereka, Samsung Galaxy A9. Ia telah pun dipadam namun ada pihak yang sempat membuat tangkapan imej kiriman tersebut sebelum memuat naik ke laman Reddit.

Samsung Sekali Lagi Terlihat Membuat Kiriman Twitter Menggunakan iPhone
Reddit

Bagaimanapun, melihat kepada status Samsung sebagai antara syarikat pengeluar barangan teknologi terbesar di dunia, perkara ini tidak sepatutnya berlaku berulang-kali.

Baca juga: Samsung Tertangkap Mempromosikan Galaxy Note 9 Menggunakan iPhone

Oleh sebab itu, ada pemerhati yang berpendapat bahawa ia hanyalah merupakan strategi pemasaran daripada pihak Samsung sahaja.

Namun, jika ia benar-benar tidak disengajakan, Samsung perlu melakukan sesuatu bagi mengelakkan ia dari kembali berulang.

 

Sumber: BGR

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
  • Lenovo Legion Go Beam Dilapor Akan Menjalankan Sistem Android
  • Ini Jumlah Kepala Peledak Nuklear Yang Dilaporkan Wujud Di 9 Negara Setakat Ini
©2026 WISER.MY