Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2021-09-14 at 8.12.25 PM

Samsung Dilapor Guna Sistem Pengimbas Cap Jari Sama Pada Peranti Boleh Lipat Terbaru

Diterbitkan April 10, 2022 oleh Faiz Munir

Dari peranti boleh lipat pertama sehingga terhasilnya Galaxy Z Flip 3 dan Fold 3, Samsung hanya menetapkan pengimbas cap jari pada bahagian sisi sebagai keselamatan biometrik. Kini terdapat laporan yang Samsung akan mengekalkan penggunaan pengimbas cap jari tersebut untuk peranti boleh lipat mereka pada tahun ini.

Menurut BusinessKorea, Samsung sebelum ini ada mempertimbangkan untuk menggunakan pengimbas cap jari bawah skrin pada Galaxy Flip 4 dan Fold 4. Namun syarikat tersebut telah bersetuju untuk tidak menggunakan teknologi tersebut pada peranti boleh lipat ini.

Hal ini kerana Samsung tidak menerapkan teknologi ini pada peranti boleh lipat mereka, vivo X Fold yang bakal dilancarkan tidak lama lagi akan menjadi peranti boleh lipat pertama yang menggunakan pengimbas cap jari bawa skrin. Dilaporkan bahawa peranti ini akan menyokong pengimbas cap jari ini pada kedua-dua skrin peranti tersebut.

Walau bagaimanapun, menggunakan pengimbas cap jari pada bahagian sisi adalah lebih mudah untuk sesebuah peranti boleh lipat. Hal ini kerana, pengguna boleh nyahkunci peranti mereka dalam keadaan peranti terbuka atau tertutup hanya dengan mendaftarkan 1 jari sahaja.

Pengimbas cap jari pada bahagian sisi juga menjadi salah satu kelebihan pada Galaxy Z Flip 3 yang mana pengguna boleh menggunakan Samsung Pay tanpa perlu membuka peranti mereka.

Sumber: BusinessKorea

Baca juga:

  • Mungkin Jun Nanti, Peranti Dengan Snapdragon 8 Gen 1+ Dilancar
  • MAHB: Tiada Niat Monopoli, Pengembara Tak Perlu Lagi Buat Ujian RTK Semasa Ketibaan
  • Berlaku Kes Kehilangan Wang Tabung Haji Melibatkan Kerugian Lebih RM3 Juta

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY