Snapdragon 8 Gen 1+ yang merupakan pengganti kepada Snapdragon 8 gen 1 mungkin akan menjadi pilihan baharu untuk digunakan pada peranti andalan Android bermula Jun nanti.
Menurut hantaran di platform atas talian Korea Selatan, Naver dikatakan peranti pertama yang menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 1+ bakal dilancarkan pada akhir bulan Jun atau awal bulan Julai.
Bagi peranti pertama yang menggunakan cip ini pula akan dilancarkan di pasaran China terlebih dahulu. Walaupun blog tersebut tidak menyentuh tentang jenama peranti tersebut, ura-ura mengatakan ia mungkin adalah OnePlus 10 Ultra.
Walau bagaimanapun, OnePlus dapat membuktikan bahawa OnePlus 10 Ultra hanya akan menggunakan Snapdragon 8 Gen 1 dan bukannya varian “plus”.
Sementara itu, Qualcomm akan mengumumkan Snapdragon 8 Gen 1+ pada bulan Mei hadapan. Diharapkan kita akan dapat mengetahui peranti pertama yang akan menggunakan cip baharu ini.
Snapdragon 8 Gen 1+ dibina berdasarkan proses 4nm TSMC dan mempunyai spesifikasi yang sama dengan Snapdragon 8 Gen 1. Cumanya cip baharu ini akan mempunyai prestasi yang lebih laju.
Dengan pelancaran Snapdragon 8 Gen 1+ ini, kita akan dapat melihat ia bersaing dengan Dimensity 9000 dan akan menentukan cip mana yang lebih berkuasa. Oleh itu, sama-sama kita nantikan.
Sumber: GSMArena
Baca juga: