Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
pengembara rtk

MAHB: Tiada Niat Monopoli, Pengembara Tak Perlu Lagi Buat Ujian RTK Semasa Ketibaan

Posted on April 8, 2022

Terkini, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengumumkan pengembara antarabangsa tidak lagi perlu melakukan ujian RTK-Antigen (RTK-Ag) semasa ketibaan.

Berikutan SOP terbaharu yang diumumkan kerajaan, pengembara antarabangsa hanya perlu melakukan ujian RTK-Ag dalam tempoh 24 jam selepas tiba di Malaysia di mana-mana pusat kesihatan swasta dan menyerahkan keputusan mereka melalui aplikasi MySejahtera.

Penguatkuasaan ini dilaksanakan susulan dakwaan pengembara terpaksa membayar harga yang tinggi untuk ujian RTK-Ag semasa ketibaan.

MAHB juga menafikan dakwaan mengenai monopoli oleh pengendali kemudahan penjagaan kesihatan swasta di lapangan terbang.

Mereka berkata kemudahan itu disediakan untuk memudahkan pengembara yang ingin diuji serta-merta semasa ketibaan.

Pada 1 April, SOP baharu berkuat kuasa dengan pembukaan semula sempadan negara sebagai sebahagian daripada usaha fasa Peralihan ke Endemik.

Protokol baharu itu juga melibatkan penggunaan MySejahtera, ujian pra-pelepasan Covid-19, dan mengisi borang pra-keluaran.

Sumber: The Malaysian Reserve

Baca juga:

  • Pengembara Antara Malaysia Dan Singapura Yang Lengkap Vaksinasi Tak Perlu Lagi Jalani Kuarantin
  • MySejahtera Kini Diiktiraf Dan Boleh Digunakan Di Eropah
  • MySejahtera: Status Vaksinasi Anda Berisiko ‘Hilang’ Jika Tidak Masukkan Tarikh Lahir

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress