Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tabung Haji

Dihubungkan Dengan Akaun Bank Konvensional, Scammer Curi Duit Tabung Haji Lebih RM3 Juta

Diterbitkan April 8, 2022 ยท Dikemas kini April 10, 2022 oleh ariff bukhari

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan sidiket penipuan yang dipercayai didalangi oleh Macau Scam kini giat menyasarkan pemilik akaun Tabung Haji.

Terbaru sidiket ini dikesan telah berjaya membuat pengeluaran wang dari akaun Tabung Haji yang dihubungkan dengan akaun konvensional.

Kehilangan wang itu pula bukan sahaja dari akaun Tabung Haji sahaja tetapi juga dari bank konvensional yang dihubungkan bersama akaun Tabung Haji.

PDRM menyatakan, mangsa akan dihubungi oleh penjenayah dan menakutkan mangsa dengan dakwaan penglibatan dalam kegiatan jenayah, tunggakan kad kredit dan lain-lain.

Penjenayah itu kemudian akan meminta mangsa mendedahkan maklumat perbankan mereka kononnya bagi tujuan siasatan.

Dalam satu kenyataan media, PDRM memaklumkan setakat ini sudah 65 kes sebegini direkodkan yang melibatkan kerugian sebanyak RM3,599,275.46.

Sehubungan itu, orang ramai diminta untuk tidak sekali-kali berkongsikan maklumat perbankan mereka melalui telefon dari pihak yang tidak diketahui.

Sumber: PDRM

Baca juga:

  • 4 Aplikasi Popular Berkaitan Solat Dan Al-Quran Ini Didakwa Mengumpul Data Pengguna Android
  • Buang Segera 7 Aplikasi Android Ini, Sharkbot Kembali Serang Play Store
  • Data Perbankan Pengguna Android Di Malaysia Jadi Sasaran, Penggodam Wujudkan Platform Servis Palsu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY