Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Forbes: Samsung Adalah Majikan Terbaik Dunia Bagi Tahun 2020

Samsung Dan MediaTek Catat Rekod Muat Naik 5G Selaju 363Mbps

Diterbitkan Julai 10, 2023 oleh ariff bukhari

Samsung hari ini mengumumkan bahawa mereka telah mencapai kejayaan dalam prestasi kelajuan muat naik 5G dengan kerjasama MediaTek menerusi ujian yang dijalankan di makmal Samsung di Suwon, Korea Selatan.

Samsung berkata rekod kelajuan itu dicapai menerusi rangkaian kendiri 5G dengan 2CC CA (Carrier Aggregation) dengan C Band menampilkan MIMO (Multiple Input Multiple Output).

Ujian ini menggunakan radio C-Band Massive MIMO Samsung Networks, vDU  (virtualized Distributed Unit) dan teras 5G.

Peranti ujian dari MediaTek pula menampilkan CPU berasaskan M80 baharu yang menggunakan satu saluran masing-masing dengan tiga antena (1,900MHz, 3.7GHz dan 3.7GHz) untuk mencapai kelajuan muat naik terpantas menerusi rangakain 5G iaitu 363Mbps.

Kelajuan muat naik yang dicapai itu adalah menghampiri had teori untuk tetapan tersebut.

Pencapaian ini sekaligus memberikan gambaran awal manfaat kelajuan itu di masa depan seperti penstriman video langsung dibuat pada resolusi tinggi, persidangan video bergerak dan permainan berbilang pemain boleh menjadi lebih lancar dengan rangkaian dengan kelajuan muat naik yang tinggi.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Redmi 12 Dilancar, RM699 Untuk RAM 8GB Dan ROM 256GB
  • Buang Segera 2 Aplikasi Popular Android Ini Didapati Hantar Data Pengguna Ke China

Sumber: SamMobile

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY