Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
malware apps

Buang Segera 2 Aplikasi Popular Android Ini Didapati Hantar Data Pengguna Ke China

Diterbitkan Julai 7, 2023 · Dikemas kini Julai 7, 2023 oleh ariff bukhari

Penyelidik keselamatan dari pradeo melaporkan penemuan 2 aplikasi popular pengurusan fail berniat jahat di Google Play Store dengan pemasangan kolektif melebihi 1.5 juta pengguna.

Aaplikasi itu didapati mengumpul data pengguna yang berlebihan yang melampaui apa yang diperlukan bagi menawarkan fungsi yang dijanjikan.

Kedua-dua aplikasi itu adalah daripada pembangun yang sama. Ia boleh dilancarkan tanpa sebarang interaksi daripada pengguna untuk mencuri data sensitif dan menghantarnya ke pelayan di China.

Antara data yang dicuri adalah media (gambar, audio dan video), lokasi masa sebenar, kod rangkaian, jenama dan model peranti dan kod negara.

2 Aplikasi itu adalah File Recovery & Data Recovery dan File Manager.

file manager
file reco

File Recovery & Data Recovery dikenal pasti sebagai “com.spot.music.filedate” pada peranti, mempunyai sekurang-kurangnya 1 juta pemasangan.

Manakala jumlah pemasangan untuk File Manager pula sekurang-kurangnya telah dipasang oleh 500,000 pengguna dan ia dikenal pasti pada peranti sebagai “com.file.box.master.gkd.”

2 Aplikasi ini telah dilaporkan kepada pihak Google dan kini ia sudah dibuang dari stor mereka.

Jadi, sekiranya anda ada memasang aplikasi ini di dalam peranti anda, bolehlah buangnya dengan segera.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Huawei nova 11 Pro Berharga RM2599, Skrin Kunlun Dan Kemasan Kulit
  • Redmi 12 Dilancar, RM699 Untuk RAM 8GB Dan ROM 256GB

Sumber: pradeo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY