Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
harga redmi 12

Redmi 12 Dilancar, RM699 Untuk RAM 8GB Dan ROM 256GB

Diterbitkan Julai 7, 2023 · Dikemas kini Julai 7, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Redmi 12 dilancarkan untuk pasaran tempatan dengan 2 varian pada harga bermula RM599.

Telefon ini dipakaikan cip MediaTek Helio G88 dengan RAM LPDDR4X dan storan jenis eMMC 5.1.

Redmi 12 – Black 10 Large

Untuk paparan, skrin LCD padanya ialah sebesar 6.79″ FHD+ dengan ketumpatan piksel 394 PPI dan kecerahan maksimum 550 nit.

Ia mempunyai pengiktirafan SGS Low Blue Light certification dan kadar segar semulanya pula setinggi 90Hz.

Redmi 12 – Blue 10 Large

Selain itu, kamera di belakang terdiri daripada 50MP utama, 8MP sudut lebar dan 2MP makro. Kamera hadapan pula ialah 8MP.

Di dalamnya terkandung bateri yang besar iaitu 5000mAh namun kadar pengecasannya hanya setakat 18W.

Redmi 12 – Silver 10 Large

Bagi kad sim dan kad memori pula, talamnya sokong 3 kad serentak iaitu 2 sim bersama kad memori sehingga 1TB.

Ciri tambahan lain termasuklah IR blaster, bicu audio 3.5mm, IP53, radio FM juga ditawarkan.

Redmi 12 – Silver 01 Large

Antara ciri menarik ialah penggunaan kaca sebagai panel belakang yang mana sangat jarang untuk sebuah telefon kelas permulaan dengan harga sekitar RM600 serta RAM dan ROM yang agak besar.

Ia hadir dengan 3 warna iaitu Midnight Black, Sky Blue, Polar Silver.

Redmi 12

Redmi 12 varian 4/128GB hanya dijual melalui dalam talian manakala varian 8/256GB pula tersedia di kedai dan dalam talian. Kedua-duanya mula dijual pada 15 Julai 2023.

  • 4/128GB berharga RM599 (Shopee, Lazada)
  • 8/256GB berharga RM699 (Shopee, Lazada)

Untuk masa terhad dan selagi stok masih ada, varian 4/128GB akan didagangkan pada harga RM499.

Spesifikasi lanjut ada pada pautan sumber di bawah.

Sumber: Xiaomi Malaysia

Berkaitan

  • OnePlus Nord 3 5G Berharga RM2,199 Dengan RAM 16GB Dan Storan 256GB
  • Ini 35 Keping Hasil Gambar Daripada Nothing Phone (2)
  • Nothing Ear (2) Kini Tersedia Dengan Versi Hitam

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY