Samsung, selaku pengeluar cip terbesar selain Intel, telah mengesahkan sudah mula menceburi arena pelombongan itu dengan menghasilkan cip ASIC (Application-Specific Integrated Circuit), khusus untuk melombong matawang terbabit.
Menurut jurucakap syarikat kepada laman TechCrunch, " Samsung kini terlibat dengan pembuatan cip untuk melombong matawang kripto. Walaubagaimanapun, kami tidak dapat mendedahkan butiran lanjut mengenai pelanggan kami."
Pengumuman tersebut disusuli dengan laporan media dari Korea Selatan dimana Samsung sudah menghasilkan cip memori berkapasiti tinggi untuk GPU, yang kebiasaannya digunakan untuk mengendalikan grafik pada komputer tetapi juga digunakan untuk tujuan perlombongan.
Kehadiran Samsung dalam lapangan matawang kripto dilihat bakal memberi saingan kepada TSMC yang ketika ini menerajui penghasilan cip ASIC, majoritinya dibekalkan kepada pelombong Bitcoin berpengkalan dari China, Bitmain, yang mempunyai pegangan pasaran lebih dari 70%.
Sumber: Tech Crunch
Berkaitan
- Samsung Bakal Menutup Music Milk 22 September Ini
- Harga Untuk Samsung Galaxy M Dikhabarkan Bawah Paras RM800 Untuk Pasaran India
- Samsung Mungkin Akan Tawarkan Siri Galaxy Note Yang Lebih Mampu Milik
- Samsung Galaxy A40 Dikhabarkan Akan Diperkenal Tidak Lama Lagi
- Miliki Samsung Galaxy Note 9 Pada Harga RM3699 Dan RM4599
- Samsung A8 Dan A8+ (2018) Diperkenalkan, Tetapan Dwi Kamera Selfie Dan Paparan Infiniti
- Samsung Patenkan Rekaan Telefon Lutsinar
- Samsung Malaysia Perkenal 4 Model Baharu, Harga Dari RM1299
- Samsung Bersedia Untuk Bekerjasama Dengan Google Dalam Membangunkan Kecerdasan Buatan
- Harga Jualan Samsung Gear 360, Gear VR Dengan Controller, Dan DeX Station Untuk Pasaran Malaysia