Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AFP

Sambutan Luar Jangkaan, Pelancaran Penjana Imej 4o Untuk Pengguna ChatGPT Percuma Ditangguhkan

Diterbitkan Mac 27, 2025 · Dikemas kini Mac 27, 2025 oleh Amalina Athman

OpenAI kini menangguhkan pelancaran penjana imej 4o dalam ChatGPT untuk pengguna percuma.

Dalam satu hantaran di platform X, CEO OpenAI Sam Altman, mengakui bahawa alat penjanaan imej tersebut menerima sambutan yang jauh lebih tinggi daripada jangkaan, sambil menambah bahawa pelancaran untuk pengguna percuma terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu.

images in chatgpt are wayyyy more popular than we expected (and we had pretty high expectations).

rollout to our free tier is unfortunately going to be delayed for awhile.

— Sam Altman (@sama) March 26, 2025

 

Sebagai rujukan, OpenAI baru sahaja memperkenalkan keupayaan penjanaan imej dalam ChatGPT pada Rabu, membolehkan pengguna mencipta imej secara langsung dalam aplikasi menggunakan model penaakulan syarikat itu – GPT-4o.

Sejak pelancarannya, ciri ini telah menarik perhatian ramai. Pengguna turut membanjiri media sosial dengan foto yang ditukar kepada imej dengan gaya Studio Ghibli – satu trend yang turut disertai oleh Altman sendiri.

changed my pfp but maybe someone will make me a better one

— Sam Altman (@sama) March 26, 2025

It's been 24 hours since OpenAI unexpectedly shook the AI image world with 4o image generation.

Here are the 14 most mindblowing examples so far (100% AI-generated):

1. Studio ghibli style memespic.twitter.com/E38mBnPnQh

— Barsee 🐶 (@heyBarsee) March 26, 2025

Pada masa ini, penjana imej 4o hanya tersedia untuk pengguna ChatGPT Plus, Pro dan Team. Dengan penangguhan ini, masih belum jelas bila pelancaran untuk pengguna percuma akan diteruskan.

Sementara itu, tinjauan setakat ini mendapati hanya penjana imej DALL.E yang tersedia dalam ChatGPT versi percuma.

Berkaitan

  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • OpenAI Bakal Lancar GPT-5 Dengan Integrasi Model o3, Percuma Untuk Semua Pengguna
  • ChatGPT Search Kini Boleh Digunakan Sebagai Enjin Carian Di Safari, Begini Caranya
  • Penjanaan Imej 4o Kini Dilancarkan Untuk Pengguna ChatGPT - Termasuk Versi Percuma

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY