Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
didi & friends Malaysia

Saluran YouTube Didi & Friends Malaysia Pula Digodam

Diterbitkan Julai 15, 2024 · Dikemas kini Julai 16, 2024 oleh Amsyar Latif

Kemas Kini 16/7/2024: Saluran YouTube Didi & Friends Malaysia dilihat sudah kembali dalam tempoh kurang 1 hari. Perkara ini disahkan melalui FB rasmi mereka.

April lalu, saluran YouTube Monsta telah digodam dan telah ditukar nama kepada MicroStrategy. Kesemua kandungannya juga telah ditukar. Kini, saluran YouTube Didi & Friends Malaysia turut menerima nasib yang sama.

Kami mendapati yang saluran YouTube mereka telah ditukar nama kepada MicroStrategy juga. Selain itu, semua kandungan pada saluran tersebut dilihat sudah tiada.

Malah, sekiranya membuat carian ‘Didi and Friends’ di Google juga, ia akan memaparkan yang saluran tersebut tidak wujud.

Screenshot 2024-07-15 at 9.28.20 AM

Buat masa sekarang, tiada maklum balas daripada laman Facebook Didi & Friends Malaysia mahupun daripada studio penciptanya, Digital Durian atau DD Animation Studio.

Imbas kembali yang terjadi kepada Monsta, ketua pegawai eksekutif dan pengasas bersama Monsta memaklumkan yang mereka mendapat kembali saluran YouTube Monsta dalam tempoh kurang 48 jam.

Berkaitan

  • Monsta Dapat Semula Akaun YouTube Yang Digodam
  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Anda Kini Boleh Meminta YouTube Alih Keluar Video AI Yang Palsukan Wajah Atau Suara Anda

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
  • Penyelidik Bangunkan Implan Wayarles Kurangkan Gula Dalam Darah
  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
©2026 WISER.MY