Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
YouTube Playables

Anda Kini Boleh Meminta YouTube Alih Keluar Video AI Yang Palsukan Wajah Atau Suara Anda

Diterbitkan Julai 14, 2024 · Dikemas kini Julai 15, 2024 oleh ariff bukhari

Ekoran penyebaran kandungan AI yang semakin berleluasa, bulan lepas YouTube telah memulakan perubahan dasarnya.

Pengguna kini boleh meminta YouTube untuk mengalih keluar kandungan yang dijana AI yang bertujuan untuk mensimulasikan wajah atau suara mereka.

Permintaan ini akan difailkan di bawah proses permintaan privasi YouTube dan bukannya meminta ia dikeluarkan kerana ia mengelirukan seperti deepfake.

Di bawah garis panduan privasi terkini YouTube, hanya tuntutan pihak pertama sahaja yang boleh dipertimbangkan untuk dialih keluar dengan beberapa pengecualian.

Pengecualian tuntutan dari pihak pertama itu termasuklah permintaan pengalihan keluar apabila individu yang terjejas oleh kandungan AI adalah di bawah umur, telah meninggal dunia atau tidak mempunyai akses kepada komputer.

“Untuk meminta pengalihan keluar kandungan diubah atau sintetik yang meniru wajah atau suara anda, anda boleh menggunakan proses permintaan privasi kami.” YouTube

Walau bagaimanapun, permintaan mengalih keluar kandungan sedemikian bukanlah jaminan bahawa kandungan tersebut akan dialih keluar.

Youtube Privacy Complaint

YouTube menegaskan bahawa ia akan membuat keputusan sendiri sama ada kandungan akan dialih keluar berdasarkan pelbagai faktor.

Faktor itu mungkin sama ada kandungan itu dibuat dengan AI atau sintetik, sama ada ia mengenal pasti orang tertentu dan sama ada kandungan itu boleh dianggap sebagai satira, parodi atau sesuatu yang lain yang boleh memberi nilai kepada orang ramai.

YouTube juga akan memutuskan sama ada kandungan itu menampilkan ciri yang terkenal atau umum dan sama ada ia menunjukkan tokoh itu terlibat dalam aktiviti “sensitif” termasuk tingkah laku jenayah, melakukan tindakan ganas atau menyokong calon politik.

Apabila YouTube menerima aduan tentang kandungan AI yang diminta untuk dialih keluar, ia akan memberi orang yang memuat naik kandungan itu 48 jam untuk bertindak atas aduan tersebut.

Jika kandungan dialih keluar sebelum 48 jam berlalu, aduan akan ditutup. Jika ia tidak dialih keluar dalam masa dua hari, YouTube akan menyemak situasi itu.

Jika video dialih keluar, ia akan dialih keluar sepenuhnya daripada platform dan nama individu serta maklumat peribadi akan dialih keluar daripada tajuk, deskripsi dan tag video.

Sebenarnya, garis panduan baharu itu dinaik taraf dengan sebelum ini yang mana YouTube mahu menangkis kandungan propaganda yang dicipta menggunakan AI.

Di Malaysia juga, sudah ada beberapa video berdasarkan orang ternama termasuk Perdana Menteri sendiri yang dijana dengan teknologi AI. Perkara ini akan menjadi barah jika tidak dibanteras dengan cepat.

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • YouTube Shorts Perkenal Ciri Sari Kata Automatik Seakan TikTok Dan 5 Ciri Baharu

Sumber: YouTube

Rujukan: Techcrunch

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 4 Handheld PC Menarik Tahun Ini
  • KKM Lancar MyLapor, Pengguna Kini Boleh Buat Aduan Kesalahan Berkaitan Produk Merokok Melalui 3 Cara
  • Opensignal Lancar Peta Interaktif Pertama Di Dunia Papar Sambungan Satelit Ke Telefon Pintar
  • Meta Bangunkan Teknologi RAM Baharu Dikenali Sebagai 'CRAM' Untuk Linux
  • Elak Beli Telefon Android Murah, Didapati Sudah Dipasang Malware Sebelum Dijual
  • Hyundai Dedah Rekaan Kereta Api Berkelajuan Tinggi Generasi Baharu, Mampu Pecut Lebih 400 KM/j
  • Sistem, Perkhidmatan Utama Tabung Haji Kembali Beroperasi - 3 Fungsi THiJARI Masih Belum Aktif
  • Time Internet Tawar Peningkatan Kelajuan Percuma Sehingga 31 Oktober 2026
©2026 WISER.MY