Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
sakana ai

Sakana AI Lancar Fugu Ultra – Model Multi-Ejen Pintar Bagi Tandingi GPT-5.5 Dan Fable 5

Diterbitkan Jun 23, 2026 oleh Amsyar Latif

Firma kecerdasan buatan, Sakana AI, rasmi melancarkan produk terbaharu mereka, Sakana Fugu dan Fugu Ultra. Berbeza dengan model monolitik tradisional, siri Fugu dibina sebagai sistem perpaduan multi-ejen penuh (multi-agent orchestration) yang diakses melalui satu API tunggal.

Inovasi ini diperkenalkan sebagai langkah strategik mencapai kedaulatan AI (AI Sovereignty) bagi mengurangkan kebergantungan mutlak terhadap pembekal tunggal.

Ia juga bertindak sebagai pelindung daripada risiko geopolitik seperti isu sekatan eksport kerajaan Amerika Syarikat ke atas model Anthropic Fable 5 dan Mythos baru-baru ini.

Dari segi teknikal, Fugu bertindak sebagai pengurus utama yang mengarahkan rangkaian model pakar lain untuk menyelesaikan tugasan kompleks secara dinamik.

Dibangunkan berasaskan kajian ICLR 2026 mereka iaitu Trinity dan Conductor, model ini hadir dalam dua variasi.

Sakana AI Lancar Fugu Ultra – Model Multi-Ejen Pintar Bagi Tandingi GPT-5.5 Dan Fable 5

Versi standard Fugu menawarkan keseimbangan prestasi dan kependaman (latency) rendah untuk kerja harian. Manakala versi premium Fugu Ultra ditala khas untuk kualiti jawapan maksimum bagi penyelesaian masalah sukar seperti penyelidikan AI, analisis keselamatan siber, serta pengaturcaraan lanjutan.

Sakana AI Lancar Fugu Ultra – Model Multi-Ejen Pintar Bagi Tandingi GPT-5.5 Dan Fable 5

Berdasarkan laporan teknikal rasmi, penanda aras menunjukkan keupayaan Fugu Ultra kini berdiri sama tinggi dengan model andalan seperti Fable 5 dan Mythos Preview.

Sakana AI Lancar Fugu Ultra – Model Multi-Ejen Pintar Bagi Tandingi GPT-5.5 Dan Fable 5

Malah menerusi maklum balas fasa ujian beta yang melibatkan 500 pengguna industri, Fugu Ultra secara konsisten mengatasi prestasi model terkenal lain termasuk Gemini 3.1 Pro (high), Opus 4.8 (max), dan GPT 5.5 (xhigh) dalam aplikasi dunia sebenar.

Sebagai contoh, untuk semakan kod, Fugu Ultra berjaya mengesan lebih 20 pepijat perisian berbanding GPT-5.5 yang sekadar mengenal pasti tiga isu sahaja.

Model siri Sakana Fugu ini kini sedia diakses secara meluas melalui pelan langganan harian serta pelan pascabayar perniagaan.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • ChatGPT Dan Claude Ramal Sepanyol Juara Piala Dunia 2026
  • Sekatan Claude Fable 5 Mungkin Kerana AS Takut Dengan China

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY