Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Saintis Mendakwa Putaran Bumi Semakin Perlahan Berpunca Daripada Binaan Ini

Saintis Mendakwa Putaran Bumi Semakin Perlahan Berpunca Daripada Binaan Ini

Diterbitkan Mac 12, 2022 · Dikemas kini Mac 13, 2022 oleh ariff bukhari

Dalam tahun 1994 dahulu, China telah memulakan pembinaan sebuah empangan yang dikenali sebagai Three Gorges Dam di sungai Yangtze yang terletak dalam Wilayah Hubei, China.

Projek pembinaan empangan itu hanya siap sepenuhnya 12 tahun kemudiannya iaitu dalam tahun 2006 dahulu.

Setelah siap, empangan tersebut diisytiharkan sebagai empangan terbesar di dunia yang pernah dibina manusia ketika itu.

Binaan itu bukan sahaja bertindak sebagai empangan air bagi mengelakkan bencana banjir di wilayah tersebut tetapi juga berfungsi sebagai stesen janakuasa hidroelektrik.

Saintis Mendakwa Putaran Bumi Semakin Perlahan Berpunca Daripada Binaan Ini
Salah satu turbin yang ada dalam empangan tersebut.

Empangan itu dilengkapi sebanyak 32 buah turbin yang mampu menjana elektrik sebanyak 22,500 megawatt. Sekaligus menjadikannya sebagai stesen hidroelektrik paling produktif di dunia.

Saintis Mendakwa Putaran Bumi Semakin Perlahan Berpunca Daripada Binaan Ini
Imej Three Gorges Dam bertarikh 15 April 2009 yang dirakam dari Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS). Empangan itu mempunyai takungan air sepanjang 660KM Kredit: NASA

Sungguhpun begitu, empangan tersebut berdepan dengan kontoversi ketika dan selepas pembinaannya apabila ia dituduh merosakkan ekosistem alam semula jadi dan kemusnahan tapak-tapak arkeologi yang wujud dalam kawasan itu.

Empangan itu juga dituduh sebagai punca kepada berlakunya kekerapan insiden tanah runtuh dan gempa bumi di sekitar wilayah tersebut.

Untuk membina empangan itu, mereka telah memindahkan sekitar 1.3 juta penduduk dari kawasan itu serta membanjiri 13 buah bandar.

Empangan Three Gorges Dam adalah sepanjang 2,335 meter dengan ketinggian maksimum binaan mencecah 185 meter.

Had maksimum ketinggian air yang boleh ditampung empangan itu pula adalah setinggi 175 meter dengan kapisiti airnya yang dianggarkan seberat 39 trilion kilogram.

Menurut saintis NASA, kapasiti air yang ditampung oleh empangan itu menyebabkan berlakunya kesan yang dikenali sebagai inertia yang memperlahankan pergerakan putaran Bumi selama 0.06 mikro saat.

Malah keberatan yang ditampung empangan itu juga didakwa menyebabkan posisi Bumi beralih sebanyak 0.8 inci dari paksinya.

Empangan Three Gorges Dam direka untuk menangani bencana banjir untuk tempoh 100 tahun. Walaubagaimanapun, saintis lebih bimbangkan bencana gempa bumi yang mungkin akan merosakkan struktur empangan itu sekaligus menyebabkan berlakunya bencana yang lebih besar.

https://www.youtube.com/watch?v=j3J196bLP5E

Sumber: Eath Observatory, NASA, Business Insider, CNN, Britanica

Baca juga:

  • Saintis Mendakwa Bumi Kini Berputar Lebih Perlahan Berbanding Dahulu Menyebabkan Oksigen Bumi Bertambah
  • Mari Kenali Satelit – Teleskop Angkasa Spitzer
  • Letusan Gunung Berapi Mungkin Penyelesaian Isu Pemanasan Global

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY