Sah Siri Huawei P60 Dan Mate X3 Dilancarkan Pada Bulan Ini

Beberapa ketika ini kita sedia didendangkan dengan perkhabaran tentang kedatangan model baru bagi siri Huawei P60 dan segmen telefon pintar boleh lipat, Huawei Mate X3.

Terbaru menerusi poster yang dikongsikan oleh Huawei pada akaun rasmi Weibo, tarikh pelancaran kedua-dua model tersebut telah diumumkan.



Dijadualkan berlangsung pada 23 Mac ini, pengeluar terkemuka China itu bagaimanapun tidak mendedahkan secara terperinci penawaran yang bakal dibuat.

Mengutip khabar angin yang bertiup ketika ini, siri Huawei P60 bakal didatangkan sekurang-kurangnya dengan dua model iaitu model asas P60 serta sebuah lagi versi Pro.

Antara spesifikasi yang disebut-sebut hadir bersama model Pro adalah seperti dwi kamera 50MP dengan sensor utama menggunakan Sony IMX888. Sementara itu bagi sudut lebar pula mempertaruhkan Sony IMX858.

Kedua-dua model dijangka dimuatkan dengan cip pemprosesan Snapdragon 8 Gen 2 dan terhad untuk sambungan LTE sahaja.

Sementara itu, model boleh lipat seterusnya mungkin dipanggil sebagai Mate X3 akan mempunyai keupayaan komunikasi satelit generasi baru. Pengguna dikatakan mampu menghantar dan menerima mesej dalam bentuk teks dan audio menerusi satelit.

{suggest}

Apa-apa pun ini hanyalah cakap-cakap sahaja buat masa sekarang, untuk spesifikasi rasmi nantikan tarikh pelancaran seminggu lebih sahaja lagi.