Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Tak Semua USB-C Sama, Kini Ada Logo Untuk Lebih Mudah Dibezakan

Posted on Oktober 5, 2021

Bila sesebuah peranti diperkenalkan, sebahagian daripada kita akan lihat lubang pengecasan. Tak suka Mikro USB tetapi akan tersenyum melihat USB-C. Tapi perlu kita tahu tak semuanya sama. Sokong pengecasan sahaja ke? Power Delivery? pindah data sahaja ke? berapa kelajuan pemindahan data dan lain-lain.

Namun setiap persoalan itu bakal berakhir dimana USB Implementers Forum, sudah mengumumkan kehadiran logo untuk ciri tersebut. Ini bagi memudahkan pengguna membezakan setiap sokongan bagi kabel dan port.

Setiap logo akan disertakan dengan nilai sokongan bagi sesebuah kabel atau port. Seperti tahap kelajuan pemindahan data sehingga 40Gbps dan tahap kuasa sehingga 240W.

Logo ini mungkin dilabelkan pada kotak bungkusan kabel atau port itu sendiri. Menyenangkan pengguna untuk membeli kabel yang bersesuaian dengan penggunaan.

Walaubagaimanapun, USB- Implementers Forum tidak mewajibkan penggunaan logo ini. Ia bermaksud, pengeluar mungkin letak atau tidak logo itu pada produk mereka.

Baca juga:

  • Produk Pertama Nothing Akhirnya Dilancarkan Secara Rasmi
  • Siri ASUS ROG Phone 5s Bakal Masuk Malaysia Jumaat Ini
  • Celcom Menyenaraikan Kawasan Yang Sedang Ditamatkan Perkhidmatan 3G Secara Berperingkat Di Seluruh Negara

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress