Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pelayar Safari Kini Lebih Pantas Dan Selamat Dipacu Apple Intelligence

Pelayar Safari Kini Lebih Pantas Dan Selamat Dipacu Apple Intelligence

Diterbitkan Jun 9, 2026 · Dikemas kini Jun 9, 2026 oleh ariff bukhari

Apple turut memberi perhatian besar kepada aplikasi pelayar mereka, Safari dalam pembentangan WWDC 2026.

Sebagai pelayar web utama macOS dan iOS, Safari menerima peningkatan menyeluruh dari segi prestasi, keselamatan, dan integrasi kecerdasan buatan.

Dari sudut kelajuan, Safari kini lebih pantas dan responsif, memastikan pengalaman melayari lebih lancar walaupun dengan laman web kompleks.

Pelayar Safari Kini Lebih Pantas Dan Selamat Dipacu Apple Intelligence
Tab boleh disusun secara automatik mengikut topik.

Dalam aspek privasi dan keselamatan, Apple menekankan bahawa Safari dibina dengan lapisan perlindungan baharu yang lebih kukuh dengan  jaminan bahawa data peribadi pengguna kekal dilindungi ketika melayari internet.

Lebih menarik, Safari kini bersepadu dengan Apple Intelligence, menjadikannya lebih pintar dan responsif.

Safari kini bekerjasama dengan aplikasi Passwords dan Apple Intelligence untuk meningkatkan keselamatan akaun pengguna.

Pelayar Safari Kini Lebih Pantas Dan Selamat Dipacu Apple Intelligence

Selain mengesan kata laluan yang lemah atau terjejas, sistem ini mampu mengemas kini kata laluan kepada versi yang lebih kukuh secara automatik.

Attara kelebihan lain adalah pengguna boleh menikmati cadangan carian yang lebih relevan, terjemahan masa nyata, serta sokongan AI untuk interaksi yang lebih mendalam.

Safari baharu ini akan tersedia dalam ekosistem Apple baharu merentas peranti, menjadikannya pelayar web generasi baharu yang lengkap untuk era AI peribadi.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Rasmi, Ini Senarai Penuh iPhone Terima Sokongan iOS 27
  • Apple Perkenal macOS Golden Gate

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • LUMOS Lancar 4 Model Tablet Mampu Milik, Harga Bermula RM399
  • Ledakan AI Ubah Kuasa Rundingan Pembekal Cip, Apple Kini Berdepan Kos Lebih Tinggi
  • Ladang Angin Seluas Singapura Kini Salur Elektrik Ke Vietnam
  • Google Perkenal Ikon Baharu Untuk Messages, Phone Dan Contacts
  • Lebih 1.3 Juta Set-Top Box Dijangkiti Malware, Google Sekat Salah Satu Pengeluar Peranti Android
  • Serangan Siber Ganggu Sistem Penyejukan Pasar Raya Di Sembilan Negara Eropah
  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
©2026 WISER.MY