Rupa OPPO Ace2 Diperlihatkan - Ace Kini Tidak Lagi Berada Di Bawah Siri Reno

OPPO Reno Ace jika anda masih ingat merupakan peranti yang mempunyai versi dengan rekaan Gundam. Ia dilancarkan pada akhir tahun lalu. Pelancarannya turut membawa beberapa pengenalan teknologi baharu seperti pengecasan pantas 65W. Kini, tiba masa untuk penggantinya yang akan dinamakan sebagai OPPO Ace2.

Ia tidak lagi dikenali sebagai 'Reno' Ace2 berkemungkinan OPPO tidak mahu memasarkan jenama Ace di bawah siri Reno. Baru sahaja lagi, peranti ini telah tersenarai di laman jualan JD.com di China. Melalui laman tersebut, kita dapat melihat spesifikasi dan juga warna pilihan yang akan dijual kelak.

Dari segi spesifikasi, ia merupakan sebuah peranti kelas flagship dengan menggunakan Snapdragon 865 serta padanan sehingga 12GB RAM LPDDR5 dan storan dalaman 256GB. Paparan peranti pula akan bersaiz 6.5 inci beresolusi Full HD+.

OPPO Air VOOC 40W wireless charger gets certified by the WPC ...

Kamera peranti akan mempunyai 4 lensa dengan gabungan 48MP + 8MP + 8MP + 2MP. Bahagian swafoto pula memuatkan 16MP didalam takuk paparan hadapannya.

Apa yang menarik adalah spesifikasi bateri. Walau kapasiti baterinya tidak sebesar peranti pesaing lain iaitu hanya dengan 4,000mAh, pengecasan pantasnya adalah selaju model Ace yang pertama (65W). Tambahan lagi, pengecasan tanpa wayar pula adalah selaju 40W iaitu setanding dengan Huawei P40 Pro.

Terdapat 2 pilihan warna yang akan dijual menurut laman tersebut iaitu Moon Rock Ash dan Fantasy Purple. Harga peranti ini belum lagi diketahui. Tarikh pelancarannya pula adalah pada 13 April 2020 iaitu sehari sebelum OnePlus 8 dilancarkan.

Sumber: JD.com

Berkaitan