Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot (179)

OPPO A73 Dijual Berharga RM899 – Skrin AMOLED 6.44 Inci Dan Rekaan Belakang Tekstur Kulit

Diterbitkan November 3, 2020 · Dikemas kini November 3, 2020 oleh Meor Hasyim

OPPO Malaysia hari ini telah melancarkan OPPO A73 yang merupakan kelas pertengahan secara eksklusif di Shopee dengan harga RM899.

Screenshot (180)

Antara ciri menarik telefon ini adalah ia hadir dengan rekaan nipis 7.45mm serta ringan 163g dan juga panel belakang dengan tekstur kulit.

Dari segi spesifikasi, ia membawakan skrin berukuran 6.44 inci AMOLED dengan resolusi FHD+.

Untuk kamera, terdapat 4 lensa membariskan 16MP utama, 8MP sudut lebar, 2 buah 2MP monokrom. Manakala swafoto pula adalah dari 16MP.

oppo a73

OPPO A73 dijana cip Snapdragon 662 dengan RAM 6GB dan storan dalaman 128GB UFS 2.1. Telefon juga turut menyokong kad microSD untuk penambahan storan.

Kapasiti bateri dimuatkan sebanyak 4,015mAh serta menyokong pengecasan pantas 30W VOOC 4.0.

Antara fungsi lain adalah pengimbas cap jari pada skrin, USB-C, bicu audio 3.5mm, Bluetooth 5.0, dan Wi-Fi 5Ghz.

Pra-tempah OPPO A73 boleh dilakukan di Shopee dan juga laman rasmi OPPO bermula hari ini sehingga 10 November 2020.

Pra-tempahan juga turut menawarkan hadiah menarik, namun hanya terhad untuk 300 pengguna terawal sahaja.

Rujukan: OPPO Malaysia, Shopee

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY