Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO Watch Free Diperkenalkan – Penjejak Kesihatan Dengan Paparan AMOLED Berharga RM449

OPPO Watch Free Diperkenalkan – Penjejak Kesihatan Dengan Paparan AMOLED Berharga RM449

Diterbitkan Februari 22, 2022 oleh Meor Hasyim

Selain siri Reno7, OPPO Malaysia turut memperkenalkan penjejak kesihatan OPPO Watch Free bersama fon telinga TWS OPPO Enco Air2.

Sebelum ini, OPPO telah sedia melancarkan jam pintar OPPO Watch pada tahun 2020. Berbeza dengan model itu, OPPO Watch Free ini adalah penjejak kesihatan asas dengan harga lebih rendah.

OPPO Watch Free Diperkenalkan – Penjejak Kesihatan Dengan Paparan AMOLED Berharga RM449

Membawakan skrin AMOLED petak 1.64 inci 280 x 456 piksel, OPPO Watch Free dimuatkan dengan kecergasan, SpO2, lebih 100 mod sukan, pemantauan degupan jantung, tidur dan lain-lain.

Ia juga turut dilengkapi perlindungan kalis air 5ATM serta mampu bertahan sehingga 14 hari.

Screenshot (16)

Di Malaysia, walaupun namanya “Free”, OPPO Watch Free ini tidaklah percuma. Ia dipasarkan berharga RM449 untuk dua pilihan warna putih dan hitam.

Baca juga:

  • Siri OPPO Reno7 Rasmi Di Malaysia, Pra-Tempah Bermula Hari Ini
  • OnePlus Malaysia Beri Petunjuk Kehadiran Nord CE 2 5G Untuk Pasaran Tempatan
  • Lebih 6,500 Unit Redmi Note 11 Terjual Di Malaysia Dalam Masa 1 Hari

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY