Antara perkara yang menarik adalah telefon ini hadir dengan rekaan nipis 7.4mm dan 164g ringan. Dari segi rekaan, ia dilengkapi dengan binaan plastik matte.

Dari segi paparan, ia hadir dengan skrin berukuran 6.43 inci FHD Super AMOLED dengan dua kamera lensa swafoto berlubang 16MP utama + 2MP Depth.
Ia turut hadir dengan pengimbas cap jari dalam skrin dengan kelajuan menyahkunci selaju 0.3s.

Terdapat 4 kamera pada bahagian belakang dengan 48MP utama, 8MP sudut lebar, dan 2MP + 2MP mono.
Antara penawaran kamera yang ditawarkan oleh OPPO pada A93 adalah AI Super Night Potrait, AI Night Flare Potrait untuk penggambaran potret pada malam, AI Super Clear Potrait, dan juga AI Color Potrait.
Antara lain adalah Dual Lens Bokeh yang membolehkan gambar 2 orang diambil dengan bokeh. Selain itu juga, kamera utama 48MP juga boleh menghasilkan resolusi imej setinggi 108MP. Terdapat juga Ultra Steady Video untuk penstabilan video kurang gegaran.
Cip pula dijana oleh MediaTek Helio P95 dipadankan dengan 8GB RAM dan 128GB storan dalaman. Sokongan kad microSD juga turut dimuatkan.

Untuk kapasiti bateri pula, OPPO A93 hadir dengan kapasiti 4,000mah berserta pengecasan pantas 18W melalui USB-C.
Perisian pula menjalankan Color OS 7.2 berasaskan Android 10.
Untuk pasaran Malaysia, terdapat 2 pilihan warna yang dijual iaitu Metalic White, Matte Black.
Harga yang dipasarkan adalah RM1,299 dan boleh mula dipra-tempah bermula hari ini 6 Oktober sehingga 9 Oktober 2020.
Untuk yang membuat pra-tempahan ini, mereka akan menerima payung eksklusif dari OPPO dan juga pembesar suara Bluetooth bernilai RM199.
Anda juga boleh menebus diskaun sebanyak RM100 melalui aplikasi My OPPO bermula 6 Oktober - 18 Oktober untuk membeli telefon ini.

Jualan kepada semua pula boleh mula dibeli di laman rasmi OPPO Malaysia dan pengedar OPPO yang sah seperti Shopee, Lazada, Celcom, Digi, Maxis, U Mobile dan lain-lain.

Maklumat lanjut mengenai OPPO A93 boleh diperolehi di laman rasmi OPPO Malaysia melalui pautan ini.
Berkaitan
- ASUS ROG Zephyrus G14 Akan Hadir Untuk Pasaran Malaysia Jun Ini
- realme Watch S Dilancarkan Di Malaysia Berharga RM369 - Rekaan Paparan Bulat Dengan Ketahanan IP68
- Jenama Audio 1MORE Kini Tiba Di Malaysia Secara Rasmi
- Western Digital Tambah Pelaburan Sebanyak RM2.3 Billlion Untuk Tingkatkan Pengeluaran Di Malaysia
- Black Shark 3 Pro Kini Di Malaysia Berharga RM4,199 - Jualan Eksklusif Shopee Bermula 4 Jun
- Rupa OPPO Ace2 Diperlihatkan - Ace Kini Tidak Lagi Berada Di Bawah Siri Reno
- 5 Telco Di Malaysia Telah Terima Band Spektrum Yang Akan Digunakan Untuk Rangkaian 5G
- OPPO A31 Dengan Varian Storan 64GB Ditawarkan Pada Harga RM599
- Opensignal - Prestasi Rangkaian Terbaik Dan Terburuk Di Malaysia Mengikut Statistik Terkini
- Siri OPPO Reno4 Dilancarkan Dengan Snapdragon 765G, 5G Dan Pengecasan 65W