Jika sebelum ini, model Ace diletakkan di bawah siri Reno, dengan Ace2, OPPO tidak lagi berbuat demikian. OPPO Ace2 terbaharu ini menyokong pengecasan pantas berwayar SuperVOOC 2.0 65W melalui USB-C. Selain itu ia turut disokong oleh pengecasan pantas tanpa wayar Air VOOC selaju 40W. Baterinya adalah berkapasiti 4,000mAh dan boleh dicas penuh berwayar dalam masa 56 minit, manakala menggunakan wayar pula hanya memerlukan 30 minit sahaja.
Lain-lain spesifikasi tidak salah lagi ia merupakan peranti kelas flagship. Cip pemprosesan dijana oleh Snapdragon 865 dengan rangkaian 5G serta RAM 8GB/12GB. Storan dalaman pula bermula dari 128GB sehingga 256GB yang berasaskan UFS 3.0.
Untuk paparan peranti, ia berukuran 6.5 inci, resolusi Full HD+ AMOLED dengan kadar segar semula 90Hz dan input sentuh 180Hz. Skrinnya turut menyokong piawaian gamut warna DCI-P3 serta perlindungan kaca Gorilla Glass 5. Selain itu, terdapat pengimbas cap jari disertakan dalam skrin dan juga lubang kecil yang memuatkan satu unit kamera swafoto 16MP.
Di bahagian belakang, peranti mempunyai tetapan 4 lensa dengan 48MP utama, 8MP sudut lebar, 2MP makro, dan 2MP ukur jarak. Antara perkara menarik lain peranti ini adalah ia juga mempunyai pembesar suara stereo Dolby Atmos dan juga sistem penyejukan menggunakan plat kuprum dan lapisan grafit.
Untuk jenama OPPO, ini merupakan peranti pertama mereka yang menyokong pengecasan tanpa wayar kerana siri Find X2 sebelum ini tidak mempunyai teknologi itu. Terdapat 3 pilihan warna yang dijual iaitu Aurora Silver, Moon Rock Grey, dan Fantasy Purple.
Di China, OPPO Ace2 dipasarkan bermula harga 3999 yuan (~RM2454) untuk model asas 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Harga untuk model paling tinggi pula adalah 4599 yuan (~RM2,822).
Sumber: OPPO Ace2
Berkaitan
- OPPO A31 Dengan Varian Storan 64GB Ditawarkan Pada Harga RM599
- OPPO Mengumumkan ColorOS 7- Antaramuka Lebih Kemas, Minimal Serta Prestasi Peranti Dipertingkatkan
- Oppo Bakal Melancarkan Peranti Pertama Dengan Rangkaian 5G Dwi-Mod Hujung Tahun Ini
- OPPO Watch Free Diperkenalkan - Penjejak Kesihatan Dengan Paparan AMOLED Berharga RM449
- OPPO A15 Kini Ditawarkan Untuk Pasaran Malaysia - Skrin 6.52 Inci Dan Helio P35 Berharga RM499
- Oppo Reno Ace Dilancarkan - 65W Pengecasan Pantas, Snapdragon 855+, Skrin 90hz
- OPPO Reno3 Versi Global Dilancarkan - Cip Helio P90, Swafoto 44MP, Dan Bateri 4,025mAh
- OPPO Reno3 Pro Versi Global Dilancarkan - MediaTek Helio P95, Paparan 90Hz Dan Swafoto 44MP
- Siri OPPO Reno4 Dilancarkan Dengan Snapdragon 765G, 5G Dan Pengecasan 65W
- OPPO Reno4 SE Kini Ahli Terbaharu Siri Reno4 - Hadir Dengan Dimensity 720 Dan Pengecasan 65W