Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
oneplus8 launch

Siri OnePlus 8 Bakal Dilancar Pada 14 April Melalui Acara Dalam Talian

Diterbitkan Mac 31, 2020 oleh Amalina Athman

OnePlus kini telah mengesahkan telefon pintar terbaru mereka, OnePlus 8 dan OnePlus 8 Pro bakal dilancarkan pada 14 April. Dikenali dengan menjual peranti flagship Android pada harga yang jauh lebih murah berbanding pesaingnya seperti Samsung dan Google, OnePlus bakal memperkenalkan siri OnePlus 8 melalui acara digital.

The #OnePlus8Series is coming. April 14.

— OnePlus (@oneplus) March 30, 2020

 

Terdahulu, spesifikasi OnePlus 8 telah tertiris dimana ia dilapor bakal didatangkan dengan tiga pilihan warna iaitu hitam, hijau dan pilihan warna meriah seakan ‘pelangi’ digelar Glow. Peranti ini bakal dilengkapi dengan cip pemprosesan Snapdragon 865.

Ia juga dijangka akan menjadi lebih mahal berbanding model sebelumnya kerana hadir dengan ciri-ciri yang lebih baik. Antara ura-ura lain termasuk mempunyai paparan dengan rekaan punch-hole.

Screenshot (445)

 

Dalam pada itu, melalui tinjauan di laman sesawang OnePlus, siri OnePlus 8 disahkan bakal hadir dengan sokongan 5G dan kadar penyegaran skrin yang lebih tinggi iaitu 120Hz.

Siri OnePlus8 bakal dilancar melalui acara dalam talian di Youtube pada 14 April 2020, 11 malam. Untuk menonton pelancaran siri OnePlus 8, layari pautan ini.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY