Oppo Reno Ace Dilancarkan - 65W Pengecasan Pantas, Snapdragon 855+, Skrin 90hz

Oppo baru sahaja melancarkan Reno Ace sebagai model kelas flagship paling berkuasa untuk barisan model Reno mereka. Peranti ini membawakan spesifikasi flagship seperti cip pemprosesan terkini dan skrin kadar segar semula 90hz.

Di samping itu, Oppo juga memperkenalkan teknologi pengecasan terbaru mereka 65W yang berasaskan kimia 'gallium nitride' (GaN).

Bermula dengan skrin, Oppo Reno Ace hadir dengan skrin bersaiz 6.5 inci Amoled beresolusi FullHD+ dengan nisbah 20:9 dan juga 90hz.

Skrin dilindungi kaca Gorilla Glass 6 dan juga mempunyai pengimbas cap jari optikal di bawah skrin. Di bahagian atas skrin terdapat takuk 'waterdrop' kecil yang memuatkan 16MP kamera swafoto.

Untuk kamera belakang, terdapat 4 kamera dengan kamera utama 48MP Sony IMX586, 13MP kamera telefoto dengan 5X zum hibrid, 8MP sudut lebar dan 2MP kamera monokrom.

Dari segi perkakas, ia dijana oleh Snapdragon 855+ dipadankan dengan 12GB RAM dan juga 256GB storan dalaman berasaskan UFS 3.0. Oppo Reno Ace menjalankan Android 10 disadurkan dengan ColorOS 6.1.

Tarikan utama peranti ini adalah pengecasan terbaharu 65W SuperVOOC Flash Charge. Teknologi pengecasan baharu ini mampu mengecas penuh bateri Oppo Reno bersaiz 4,000mAh dalam masa 30 minit sahaja.
Oppo Reno Ace brings 90Hz refresh rate display, Snapdragon 855+ SoC and 65W charging

Oppo juga mengatakan pengecas 65W mereka adalah yang terkecil di pasaran disebabkan oleh teknologi berasaskan GaN tersebut.

Selain itu, ia juga menyokong USB-C berserta protokol pengecasan lain seperti Power Delivery dan juga Quick Charge Qualcomm pada 18W. Oppo Reno Ace mula dijual di China dengan 2 warna pilihan Psychedelic Purple, Starry Blue.

Harga bermula ¥2,999 (~RM1,765) untuk 8GB/128GB dan ¥3,799 (~RM2,236) untuk model 12GB/256GB.

Oppo juga turut melancarkan edisi khas Gundam untuk model 8GB/256GB  berharga ¥3,599 (~RM2,118). Edisi khas tersebut didatangkan dengan aksesori dan diwarnakan khas.

https://www.youtube.com/watch?v=ffYqUnuKmJQ#action=share

Berkaitan