Rupa Bentuk Belakang Peranti OnePlus 6 Didedahkan Oleh OnePlus Sendiri - Dan Ia Amat Memukau

Sebelum ini, kami telah dedahkan kepada anda serba sedikit berkenaan peranti OnePlus 6 yang akan dilancarkan pada 16 Mei ini di London. Antaranya ialah ciri kalis air yang terdapat pada peranti ini di mana ia telah disahkan oleh pihak OnePlus sendiri.

Selain itu, pada kiriman kami berkenaan peranti OnePlus 6 yang terbaru, kami telah menayangkan kepada pembaca satu rekaan reka bentuk tidak rasmi peranti ini yang dihasilkan melalui kaedah Computer-Aided-Design atau CAD. Imej berkenaan adalah hasil usaha sebuah portal yang berkaitan teknologi daripada India,iaitu CompareRaja.




Kredit: CompareRaja


Walaubagaimanapun, berdasarkan maklumat terbaru yang kami terima daripada pihak OnePlus Malaysia, reka bentuk peranti kelas perdana OnePlus ini adalah seperti berikut :



Jika dibandingkan dua reka bentuk dia atas, imej rekaan CAD dan imej daripada pihak OnePlus ini kelihatan hampir sama(melainkan pada warna). Dapat diperhatikan kedudukan kamera utama dan pot audio, penggunaan sambungan USB Type-C serta pembesar suara di bawah peranti adalah sama pada kedua-dua imej.

Namun, buat masa ini hanya imej bahagian belakang peranti sahaja yang telah didedahkan oleh OnePlus. Bagaimanapun, dengan reka bentuk CAD bahagian belakang dari CompareRaja yang menyerupai reka bentuk sebenar ini, kita sudah boleh membayangkan bahawa reka bentuk bahagian depan juga berkemungkinan besar adalah sama.

Sama-sama kita nantikan tarikh 16 Mei(Rabu) untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan peranti OnePlus 6 ini daripada pihak OnePlus.

Sumber