Imej Rekaan CAD 360 Darjah Peranti OnePlus 6 Didedahkan

Pelbagai maklumat berkenaan peranti OnePlus 6 telah kami dedahkan sebelum ini namun tidak pada reka bentuk rasminya. Dan berdasarkan maklumat terbaru yang tersebar, satu lagi imej peranti ini telah tertiris melalui satu kiriman dari CompareRaja.

Kiriman tersebut merupakan satu rekaan  Computer-Aided-Design(CAD) dan ramai berpendapat imej tersebut merupakan imej yang paling hampir dengan rekaan rasmi yang masih belum dikeluarkan oleh pihak OnePlus.





Kredit: CompareRaja

Berdasarkan imej di atas, kita dapat lihat bahawa peranti ini menggunakan rekaan takuk pada bahagian hadapan seperti yang telah diperkatakan sebelum ini selain pengesan cap jari di bahagian bawah kamera utama di bahagian belakang.

Manakala pada bahagian bawahnya pula, kelihatan pembesar suara serta dua pot masing-masing satu untuk bicu audio dan sambungan USB Type-C. Dan seperti yang dinyatakan sebelum ini, peranti ini akan menggunakan paparan skrin SAMOLED serta bateri berkapasiti 33oo mAh.



Selain itu, ia juga akan hadir dengan kamera utama 20MP+16MP dan kamera hadapan 16MP serta akan hadir sebagai peranti yang beroperasi menggunakan sistem Android 8.1. OnePlus 6 akan menggunapakai cip pemprosesa Snapdragon 845 yang disokong oleh memori 6GB atau 8GB RAM dan simpanan dalaman 64GB atau 128 GB ROM.

Peranti ini akan dilancarkan secara rasmi di London pada 16 Mei ini namun tarikh pelancaran bagi pasaran Malaysia masih menjadi tanda tanya.

Sumber