Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ruohan Wang x Nike – Koleksi Warna-Warni Hadir Pada 24 September

Ruohan Wang x Nike – Koleksi Warna-Warni Hadir Pada 24 September

Diterbitkan September 14, 2020 oleh Nadiah Ab

Ruohan Wang x Nike – Koleksi Warna-Warni Hadir Pada 24 September

Nike telah berkolaborasi dengan artis yang berpangkalan di Berlin, Ruohan Wang, untuk rekaan ekslusif Blazer Mid ’77, Air Max 90, dan Air Force 1. Setiap model kasut dari koleksi Ruohan Wang x Nike dihiasi dengan kolaj lukisan ilustrasi pelbagai warna yang menarik.

ruohan wang x nike
Ruohan Wang x Nike – Koleksi Warna-Warni Hadir Pada 24 September
ruohan wang x nike
Ruohan Wang x Nike – Koleksi Warna-Warni Hadir Pada 24 September
ruohan wang x nike

Blazer Mid ’77 dilengkapi dengan label lidah kasut yang berlainan, terukir dengan jenama “Nike” dan motif unik dua kaki berjalan, mencerminkan grafik yang ada di kaunter tumit. Berbeza dengan bahagian atasnya yang terang, kasut ini menampilkan Swoosh putih yang bersih. Akhirnya dilengkapi dengan tapak kasut yang berwarna ungu.

ruohan wang x nike
Ruohan Wang x Nike – Koleksi Warna-Warni Hadir Pada 24 September
ruohan wang x nike
Ruohan Wang x Nike – Koleksi Warna-Warni Hadir Pada 24 September
ruohan wang x nike

Air Max 90 pula didatangkan dengan panel-panel berwarna terang, seperti kaunter tumit ungu dengan logo getah berwarna kuning terang. Swoosh dan toeboxnya pula hadir dengan warna biru muda, dan unit tapak kasut berwarna hijau muda.

 

ruohan wang x nike
Ruohan Wang x Nike – Koleksi Warna-Warni Hadir Pada 24 September
ruohan wang x nike
Ruohan Wang x Nike – Koleksi Warna-Warni Hadir Pada 24 September
ruohan wang x nike

Akhir sekali, Air Force 1 mempunyai skema warna yang paling terang antara ketiga-tiga rekaan. Grafik psikedelik yang berwarna-warni seperti bola, awan merah jambu, kilat, bunga, dan beberapa wajah hanyalah beberapa cetakan yang memenuhi kasut itu. Semuanya terletak di atas midsole putih bersih, lengkap dengan jenama “AIR” berwana hijau.

Koleksi Ruohan Wang x Nike bakal dilancarkan pada 24 September di laman web rasmi Nike. Dikhabarkan harga koleksi ini bermula dari US$100 (~RM414) hingga US$130 (~RM539).

Sumber: Sneaker News, Sneaker News & Nice Kicks

Baca lagi: ‘Wonder Woman 1984’ Sekali Lagi Ditangguhkan Hingga Hari Krismas

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY