Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
RTM Kini Tampil Empat Avatar AI Yang Mewakili Saluran TV1, TV2, Okey & Sukan Plus

RTM Kini Tampil Empat Avatar AI Yang Mewakili Saluran TV1, TV2, Okey & Sukan Plus

Diterbitkan April 1, 2026 · Dikemas kini April 1, 2026 oleh Iskandar Afiq Shaharuddin

Sempena sambutan ulang tahun ke-80, Radio Televisyen Malaysia (RTM) melangkah setapak lagi ke hadapan dengan memperkenalkan empat avatar kecerdasan buatan (AI) secara siaran langsung dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di saluran TV1.

Pengenalan ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan memandangkan RTM telah pun mula memberikan bayangan awal mengenai kehadiran avatar-avatar ini sejak akhir tahun 2025 yang lalu.

Keempat-empat avatar ini bertindak sebagai maskot rasmi bagi saluran di bawah naungan RTM iaitu Aisha bagi TV1, Rhia untuk TV2, Andi mewakili saluran Okey, dan Johan bagi saluran Sukan Plus. Dalam segmen pengenalan tersebut, kesemua avatar ini sempat ditemu bual oleh pengacara Ridwan Mustafa dan Syafiqah Ishak bagi menceritakan sejarah ringkas serta slogan saluran yang mereka wakili.

Dalam segmen ini juga, avatar Rhia menyanyikan lagunya bertajuk “Hello Dunia” beserta muzik video yang juga dijana AI.

Screenshot 2026-04-01 at 3.36.34 PM
Kredit: Berita RTM

Tujuan RTM memperkenalkan avatar-avatar AI ini adalah sebagai satu langkah baharu ke arah penyiaran yang lebih moden, yang akan menyokong penyampaian maklumat, promosi program dan menjadikan kandungan siaran lebih interaktif bagi menarik perhatian penonton generasi baharu.

Dalam pada masa yang sama, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, penggunaan AI perlu diseimbangkan kerana kita tidak patut bergantung sepenuhnya kepada teknologi baharu ini, tetapi ia boleh digunakan untuk mempermudahkan pekerjaan kita.

Integrasi AI dalam RTM sebenarnya telah mula dipertingkatkan sejak awal tahun ini melalui pelbagai hantaran di media sosial dan siaran televisyen sempena sambutan musim perayaan.

Perkembangan ini meletakkan RTM dalam senarai entiti media tempatan yang memanfaatkan AI selepas pengenalan DJ AI pertama Malaysia, Aina Sabrina oleh Fly FM sebelum ini.

Berkaitan

  • Fly FM Perkenal DJ AI Pertama Di Malaysia, DJ Aina Sabrina
  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Oracle Dilapor Mula Buang Sehingga 30,000 Pekerja, Jimat Kos Untuk AI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY