Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
1_ROG9FE_Honkai3_WallPaper_1920x1080_01 (1)

ROG x Honkai Impact 3rd, Koleksi Eksklusif Hanya 5,000 Unit Di Seluruh Dunia

Diterbitkan Oktober 24, 2025 oleh ariff bukhari

ASUS Republic of Gamers (ROG) bekerjasama dengan Honkai Impact 3rd untuk melancarkan koleksi eksklusif “Elysia’s Special Collection” menerusi siri telefon pintar ROG Phone 9.

Koleksi ini menampilkan rekaan bertemakan “Romantic Pink” berbentuk surat, meraikan kostum eksklusif Elysia dalam permainan.

Ia hadir dengan tujuh barangan koleksi fizikal seperti sarung telefon, pin SIM berbentuk tongkat, pelekat chibi, dan kad watak, serta ganjaran dalam permainan seperti 2,000 Asterite dan dua Enchanted Phones.

ROG x Honkai Impact 3rd

Pengalaman digital turut diperkaya dengan Elysia Theme Pack yang merangkumi animasi pengecasan, skrin panggilan masuk, dan wallpaper khas.

Koleksi eksklusif ini hanya tersedia sebanyak 5,000 unit sahaja yang akan dikeluarkan secara global termasuklah Malaysia yang bakal menerima edisi ini tidak lama lagi.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • PC AIO Yang Buat Meja Kerja Nampak Lebih Kemas
  • 4 Fon Kepala Wayarles+ANC Bunyi Sedap Harga Bawah RM500

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY