ROG Phone 3 Sudah, Lenovo Phone Pun Sudah, Black Shark 3S Pula Lepas Ini?

Minggu ini boleh dikatakan sebagai minggu yang menggembirakan peminat-peminat telefon pintar gaming kerana dua peranti tumpuan, ROG Phone 3 dan Lenovo Legion Phone Duel sudah rasmi dilancarkan.

Berbeza jenama tetapi kedua-duanya hadir dengan cip pemprosesan yang sama iaitu Snapdragon 865+. Kini, sebuah lagi jenama sudah disebut-sebut bakal mengikut jejak langkah kedua-dua model diatas dan pengeluar yang yang adalah Black Shark.

Nama Black Shark 3S mula kedengaran selepas CEO syarikat berkenaan, Luo Yuzhou,  membuat perkongsian “A lot has happened in the past few days” menerusi platform Weibo.



Ia mungkin merujuk kepada dua acara pelancaran ROG Phone 3 dan Lenovo Legion Phone Duel yang dilangsungkan pada hari yang sama.

Apa yang menarik tentang mesej itu adalah ia mempunyai label perkongsian daripada peranti "Tencent Black Shark 3S. Ketika ini masih belum ada sebarang pendedahan lebih lanjut dibuat berkenaan dengan model tersebut tetapi ia diramal akan tampil dengan Snapdragon 865+.

Lain-lain spesfikasi masih belum kedengaran lagi tetapi untuk bersaing dengan dua lagi pencabar yang dinyatakan diatas, Black Shark 3S perlu menyertakan kadar segar semula 144Hz, storan UFS3.1 dan pengecasan pantas 65W seperti versi 3 Pro sedia ada.

Baca juga - Anda Boleh Beli Black Shark Carry Case Pada Harga RM129.90

Sumber: BGR