Lenovo Legion Phone Duel Sudah Rasmi Dengan Snapdragon 865+ Dan Pengecasan 90W

Setelah beberapa kali kita diperdengarkan dengan khabar angin mengenai telefon pintar gaming pertama dari Lenovo, ia kini akhirnya sudah rasmi diumumkan.

Sudah semestinya bakal bersaing dengan nama-nama seperti ROG Phone dan Nubia, ia hadir dengan sejumlah spesifikasi dan ciri menarik sebagai sebuah peranti mudah alih memfokuskan kepada permainan.

Diberi nama sebagai Lenovo Legion Phone Duel, ia dipasang dengan skrin paparan AMOLED 6.59 inci bersama resolusi FHD+. Ia menyokong kadar segar semula 144Hz dan kadar input 240Hz.



Mengoperasikan dari dalam adalah cip Snapdragon 865+ yang dibantu dengan GPU Adreno 650. Bahagian memori pula terdapat dua variasi iaitu 12GB RAM/256GB serta 16GB RAM/512GB.



Bateri berkapasiti 5000mAh yang dibekalkan akan disalurkan kuasanya melalui pengecasan pantas Turbo Power Charging 90W. Untuk rakaman belakang, Lenovo tidak seperti jenama-jenama lain ketika ini yang mana hanya menghadirkan dwi kamera 64MP dan kamera lebar 16MP.



 

Bagi kamera swafoto pula, ia berada dibahagian sisi dengan mekanisme terangkat disisi dengan sensor 20MP. Lain-lain spesifikasi yang dimuatkan ke dalam Lenovo Legion Phone Duel adalah dwi stereo, sistem kuad mikrofon, Wi-Fi 6, Bluetooth 5.0 dan terdapat duaport USB-C.

Peranti ini akan menjalankan sistem operasi ZUI12/Legion OS yang dibangunkan dari Android 10. Berkenaan harga, ia masih belum diumumkan lagi dan jualan awal sudah pastinya dilangsungkan di China. Sekiranya ia hadir menembusi pasaran Malaysia, adakah ini peranti gaming pilihan anda?