Menawarkan dua konfigurasi memori berbeza iaitu RAM 12GB/ 512GB dan RAM 12GB/1TB, masing-masing diletakkan pada harga jualan RM3499 dan RM4499. Ketika kali pertama diperkenalkan di China sekitar Julai lalu, ia merupakan peranti terawal yang dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 855 Plus yang ditetapkan pada kadar 2.96GHz.
Menguatkan lagi penawaran kali ini, ROG Phone 2 turut dipasang dengan paparan AMOLED 6.59 inci serta yang pertama mempunyai kadar penyegaran 120Hz. Tidak terhenti disitu, Asus membekalkan ROG Phone 2 dengan bateri berkapasiti 6000mAh bersama daya pengecasan pantas ROG HyperCharge 30W, membolehkan pengguna pengalaman permainan dalam tempoh panjang tanpa gangguan.
Ciri-ciri lain yang dibawa pada ROG Phone 2 adalah dwi kamera belakang 48MP lensa utama dan 13MP ultra lebar dengan sudut rakaman sehingga 125' darjah, kamera hadapan 24MP, pembesar suara stereo, imbasan biometrik berasaskan wajah dan cap jari pada skrin paparan, port USB C serta bicu audio 3.5mm.
Untuk edisi Elite (512GB) dan edisi ultimate (memori 1TB), kedua-duanya akan diiringi dengan aksesori percuma dari dalam kotak seperti AeroActive Cooler 2 (RM249) dan Aero Case (RM149) secara percuma.
Namun sekiranya anda mempunyai bajet yang lebih lagi, Asus Malaysia juga menawarkan ROG Phone 2 Superpack yang mengandungi Aero Case, AeroActive Cooler 2, Lightning Armor Case, ROG Kunai Gamepad, TwinView Dock 2, Mobile Desktop Dock, WiGig Display Dock Plus, ROG Phone Bag dan ROG Suitcase.
Kesemua ini boleh dimiliki anda pada harga RM6999 dan ia dijual secara eksklusif dari Lazada.
Berkaitan
- Guna ShopeePay Pada 27 Ogos, Ini Yang Bakal Anda Nikmati
- realme C12 Rasmi Diumumkan, Helio G35 Dan Bateri 6000mAh
- Realme 2 Pro Terjual Sebanyak 2500 Unit Dalam Masa 3 Jam Di Shopee 11.11 Big Sale
- Menjelang Tahun 2020 Jalan Raya Malaysia Akan Di Penuhi Kereta Elektrik
- Google Buang 24 Aplikasi Kerana Mengandungi Perisian Hasad "Joker"
- ASUS ROG Phone 2 Terjual Sebanyak 10,000 Unit Dalam Masa 73 Saat
- CCleaner Digodam, Dikhuatiri Memberi Kesan Kepada Lebih 2 Juta Pengguna
- Telefon Andalan Baru Xiaomi Mungkin Guna Kamera 200MP
- Beli Siri Huawei P40 Pada 29 April, Anda Dapat Freebuds 3 Bernilai RM679
- Huawei MatePad Pro Akan Dipasarkan Di Malaysia Tidak Lama Lagi