Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ROG Kini Masuk Pasaran RAM, Harga Lebih Mahal Dari RTX 5070 Ti

ROG Kini Masuk Pasaran RAM, Harga Lebih Mahal Dari RTX 5070 Ti

Diterbitkan Mei 18, 2026 · Dikemas kini Mei 18, 2026 oleh ariff bukhari

Selepas menghasilkan hampir kesemua jenis perkakasan PC dari motherboard sehinggalah aksesori seperti beg, Asus Republic of Gamers (ROG) akhirnya membuat langkah berani apabila memasuki pasaran memori RAM pula,

Menerusi produk sulungnya, ROG Phantom Blade DDR5 RGB 20th Anniversary Edition, ia hadir sebagai kit RAM 48GB (2×24GB) PADA harga $880 (~RM3,478).

Harga ini sekali gus lebih mahal daripada kad grafik GeForce RTX 5070 Ti ($829) dan kit pesaing seperti G.Skill Trident Z5 Neo ($799.99).

ROG Kini Masuk Pasaran RAM, Harga Lebih Mahal Dari RTX 5070 Ti

Dari segi spesifikasi, kit ini beroperasi pada DDR5-6000 dengan latensi CL26-36-36-76 pada 1.45V.

Ia menyokong profil AMD EXPO dan Intel XMP, serta menawarkan mod eksklusif “ROG Mode” yang mampu melonjakkan prestasi sehingga DDR5-8000 pada papan induk tertentu.

Asus menggunakan cip SK hynix M-die, terkenal dengan potensi overclocking yang tinggi.

ROG Kini Masuk Pasaran RAM, Harga Lebih Mahal Dari RTX 5070 Ti

Produk yang ini dibangunkan bersama Biwin adalah sebahagian daripada program memori ROG Certified yang melibatkan 14 rakan kongsi termasuk Corsair, Kingston, dan Adata.

Pelancarannya dijadualkan pada akhir Jun 2026 nanti.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Pengguna Windows 11 Kini Disaran Muatkan 32 GB RAM Ke Dalam PC
  • RAM DDR5 Buatan China Kini Mengisi Permintaan Memori Global

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
©2026 WISER.MY