Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Shopee LVG_featured image

Shopee Mula Kenakan 10% Cukai Barangan Import Bernilai Bawah RM500

Diterbitkan Januari 2, 2024 ยท Dikemas kini Januari 2, 2024 oleh Amalina Athman

Jabatan Kastam Diraja Malaysia sebelum ini mengumumkan bahawa 10% cukai jualan ke atas Barang Bernilai Rendah (LVG) dengan harga di bawah RM500 akan dilaksanakan bermula 1 Januari 2024.

Seiring dengan itu, platform e-dagang Shopee kini mula memaparkan notis kutipan cukai jualan LVG.

Berkaitan

  • Selepas Setahun Ditangguh, Cukai Barang 'Online' Bawah RM500 Dikenakan Mula 2024

Melalui laman FAQ, Shopee mengatakan cukai jualan LVG ini dikenakan pada kadar lazim untuk produk yang dijual oleh Penjual di platform itu.

Ia tidak dipaparkan secara berasingan – bermakna semua harga yang ditunjukkan di Shopee sudah termasuk cukai jualan LVG, jika berkenaan.

Shopee Mula Kenakan 10% Cukai Barangan Import Bernilai Bawah RM500

Untuk makluman, LVG merupakan semua barangan dengan nilai tidak melebihi RM500 yang dijual dalam talian dan diimport dari luar negara ke Malaysia – seperti dari China, Indonesia dan lain-lain.

Ia tidak termasuk produk bagi kategori rokok, produk tembakau, minuman keras yang memabukkan, peralatan dan produk yang berkaitan rokok elektronik dan elektrik termasuk peranti vape.

Selain Shopee, platform AliExpress turut memaparkan pelaksanaan bagi kutipan cukai jualan tersebut.

Sumber: Shopee

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY