Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pembaharuan Lesen Melalui Aplikasi MyJPJ Akan Dilancar Tidak Lama Lagi

Pembaharuan Lesen Melalui Aplikasi MyJPJ Akan Dilancar Tidak Lama Lagi

Diterbitkan Ogos 6, 2023 · Dikemas kini Ogos 6, 2023 oleh Amalina Athman

Pembayaran secara dalam talian bagi Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) melalui aplikasi MyJPJ akan diumumkan selepas pelaksanaan Bukti Konsep (POC) mengenainya selesai.

Berkaitan

  • Cara Semak Lesen Memandu Dan 'Road Tax' Digital Melalui Aplikasi MyJPJ
  • Lebih Mudah, Ini Cara Perbaharui Lesen Memandu Digital

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, perkara itu bagi memastikan sistem aplikasi MyJPJ berupaya untuk menampung trafik digital dan sistem tersebut berfungsi dengan baik setelah ia dilancarkan kelak.

Jelasnya, sistem pembayaran dalam talian secara terus melalui aplikasi MyJPJ akan dilancarkan dalam beberapa bulan lagi.

Dalam pada itu, beliau berkata pelancaran mod paparan digital iaitu e-LKM dan e-LMM pada 10 Februari lepas adalah untuk mengurangkan kesesakan di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Mengambil kira ia akan mengambil masa untuk pengguna menyesuaikan diri, maka permohonan lesen memandu dan cukai jalan secara digital, fizikal atau kedua-duanya masih lagi tersedia.

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
  • Liputan ULTRA5G U Mobile Kini Menjangkau Kira-Kira 2.3 Juta Penduduk Di Sabah
  • Ini 10 Telefon Pintar Android Paling Berkuasa Dalam Ranking AnTuTu Setakat Oktober 2026
  • LUMOS Lancar 4 Model Tablet Mampu Milik, Harga Bermula RM399
  • Ledakan AI Ubah Kuasa Rundingan Pembekal Cip, Apple Kini Berdepan Kos Lebih Tinggi
  • Ladang Angin Seluas Singapura Kini Salur Elektrik Ke Vietnam
  • Google Perkenal Ikon Baharu Untuk Messages, Phone Dan Contacts
  • Lebih 1.3 Juta Set-Top Box Dijangkiti Malware, Google Sekat Salah Satu Pengeluar Peranti Android
©2026 WISER.MY