Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Elon Musk Perli Siri LOTR Amazon, Tapi Jeff Bezos Tetap Positif

Rekod Dunia Guinness Iktiraf Kerugian Dialami Elon Musk

Diterbitkan Januari 24, 2023 oleh ariff bukhari

Kerugian yang dialami oleh Elon Musk baru-baru ini telah diiktiraf oleh Rekod Dunia Guinness selepas jumlah kerugian yang dialami tokoh itu memecah rekod dunia sebagai kehilangan harta peribadi terbesar dalam sejarah.

Menurut Rekod Dunia Guinness, Elon Musk telah kehilangan kira-kira $182 bilion (~RM779 bilion) sejak November 2021, seperti yang dianggarkan oleh Forbes.

Tetapi sumber lain ada mencadangkan bahawa kerugian yang dialami beliau sebenarnya mencecah $200 bilion (~RM856 bilion).

Rekod Dunia Guinness menyatakan, walaupun angka yang tepat adalah hampir mustahil untuk dipastikan, jumlah kerugian Elon Musk jauh melebihi rekod sebelumnya iaitu sebanyak $58.6 bilion (~RM251 bilion) yang dialami oleh pelabur teknologi Jepun iaitu Masayoshi Son pada tahun 2000 dahulu.

Menurut laporan Forbes, nilai bersih Elon Musk telah menurun daripada $320 bilion (~RM1.3 trilion) pada 2021 kepada $138 bilion (~RM591 bilion) pada 6 Januari 2023.

Sebahagian besar punca kejatuhan itu pula  disebabkan oleh prestasi buruk saham Tesla.

Kerugian yang dialami Elon Musk itu juga mengakibatkan beliau  kehilangan status sebagai orang terkaya di dunia kepada Bernard Arnault (Perancis), pengasas konglomerat barangan mewah LVMH (Louis Vuitton Moët Hennessy) yang dianggarkan mempunyai nilai bersih berjumlah $190 bilion (~RM814 bilion).

Namun begitu, Rekod Dunia Guinness menjangkakan Elon Musk akan bangkit semula pada satu ketika pada masa hadapan.

Berkaitan

  • Elon Musk Jadi Manusia Pertama 'Hilang' ~RM880 Bilion
  • Akhirnya Rekod Kelajuan Muat Turun iPhone 14 Pro Max Di Atasi 2 Telefon Pintar Android Ini
  • Kemas Kini iOS 16.3 Dilepaskan, Ini Antara Ciri Baharu Dan Pembetulan Pepijat Yang Tersedia
  • Putaran Teras Bumi Didakwa Terhenti Kemudian Bertukar Arah

Sumber: Rekod Dunia Guinness

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Gemini 4 Argon Kini Tersedia Dalam Aplikasi Gemini
  • Google Kini Gabungkan Antigravity Dalam Aplikasi Gemini Untuk Mac
  • Getty Images Failkan Pelan Bankrap, Akan Menjadi Syarikat Swasta
  • Tandas Pintar 'BMW-i' Pertama Malaysia Diperkenalkan Di Putrajaya - Bakal Diperluas Ke Ibu Negeri Lain
  • Golongan Muda Catat 65.9 Juta Transaksi BNPL Bernilai RM5.4 Bilion Pada Separuh Pertama 2026
  • Pekerja OpenAI Ditahan, Didakwa Pasang Alat Rakaman Tersembunyi Di Pejabat
  • 'Cacing' AI Boleh Merebak Menerusi Peranti Pintar - Anthropic
  • Google Kini Benarkan Pengguna Biasa Lancarkan Aplikasi 'Vibe-Coded' Secara Peribadi Di Play Store - Tersedia Di Pasaran Terpilih
©2026 WISER.MY