Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kemas Kini iOS 16.3 Dilepaskan, Ini Antara Ciri Baharu Dan Pembetulan Pepijat Yang Tersedia

Kemas Kini iOS 16.3 Dilepaskan, Ini Antara Ciri Baharu Dan Pembetulan Pepijat Yang Tersedia

Diterbitkan Januari 24, 2023 · Dikemas kini Januari 24, 2023 oleh Amalina Athman

Setelah beberapa minggu dalam ujian beta, Apple hari ini melepaskan kemas kini iOS 16.3 kepada umum. Melalui kemas kini ini, ia hadir dengan sejumlah kecil ciri baharu dan pembetulan pepijat.

Berkaitan

  • Apple Kembali Dengan Pembesar Audio Pintar, HomePod Generasi Ke-2
  • Peranti ‘Refurbished’ Apple Mungkin Dijual Secara Rasmi Di Malaysia, Ini Sebabnya

Berikut adalah antara ciri baharu dan pembetulan pepijat yang tersedia dalam kemas kini iOS 16.3.

Advanced Data Protection for iCloud

kemas kini iOS 16.3

Advanced Data Protection for iCloud atau Perlindungan Data Lanjutan untuk iCloud kini diperluaskan kepada 23 kategori data iCloud yang dilindungi dengan menggunakan penyulitan hujung ke hujung, termasuk iCloud Backup, Notes, Photos dan sebagainya.

Tetapan ini boleh dilakukan melalui Settings > tekan pada nama dan iCloud > Advanced Data Protection.

Kunci Keselamatan

Kunci Keselamatan untuk Apple ID memberi pilihan kepada pengguna untuk menambah kunci keselamatan pihak ketiga pada akaun mereka, yang akan memerlukan pengesahan apabila log masuk ke peranti baharu atau mengakses ‌Apple ID.

kemas kini iOS 16.3

Kunci Keselamatan direka untuk menggantikan kod pengesahan yang dihantar ke peranti Apple apabila log masuk ke peranti lain, iaitu kaedah pengesahan standard yang digunakan oleh Apple. Apple mengatakan bahawa kunci keselamatan fizikal memberikan perlindungan yang kuat terhadap pancingan data dan akses akaun yang tidak dibenarkan.

Unity Wallpaper

unity wallpaper

Apple menambah wallpaper Unity baharu yang direka sebagai penghormatan kepada sejarah dan budaya orang kulit hitam dalam meraikan Bulan Sejarah Orang Kulit Hitam, yang berlangsung pada bulan Februari.

Emergency SOS dikemas kini

Panggilan SOS Kecemasan kini memerlukan butang sisi ditahan dengan butang kelantangan atas atau bawah dan kemudian dilepaskan untuk menghalang panggilan kecemasan tidak sengaja.

Kemas Kini iOS 16.3 Dilepaskan, Ini Antara Ciri Baharu Dan Pembetulan Pepijat Yang Tersedia
iOS 16.2
Kemas Kini iOS 16.3 Dilepaskan, Ini Antara Ciri Baharu Dan Pembetulan Pepijat Yang Tersedia
iOS 16.3

Apple turut menyediakan pilihan tetapan “Call Quietly”, di mana penggera amaran dan flash akan disenyapkan.

Baik Pulih Isu Paparan iPhone 14 Pro Max

reddit iPhone 14 pro

iOS 16.3 turut menyediakan baik pulih bagi isu yang menyebabkan garisan mendatar muncul pada paparan iPhone 14 Pro Max apabila ia dihidupkan.

Pembetulan Pepijat dan lain-lain

Apple turut menyediakan sejumlah pembetulan pepijat dan lain-lain. Antaranya termasuk:

  • Membetulkan isu dalam Freeform berkaitan sesetengah goresan lukisan yang dicipta dengan Apple Pencil atau jari anda mungkin tidak kelihatan pada papan dikongsi.
  • Menyelesaikan isu berkaitan wallpaper mungkin kelihatan hitam pada Lock Screen.
  • Membetulkan isu berkaitan widget Home Lock Screen tidak memaparkan status aplikasi Home dengan tepat.
  • Menyelesaikan isu berkaitan Siri mungkin tidak membalas permintaan muzik dengan betul.
  • Menyelesaikan isu berkaitan permintaan Siri dalam CarPlay mungkin tidak difahami dengan betul.
  • iOS 16.3 turut menyediakan sejumlah kemas kini keselamatan.

Perlu diketahui, sesetengah ciri mungkin tidak tersedia untuk semua negara atau pada semua peranti Apple.

Untuk kemas kini iOS 16.3, ianya boleh dimuat turun dan dipasang melalui Settings > General > Software Update > Download and Install bagi model iPhone 8 dan terbaharu.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 4 Handheld PC Menarik Tahun Ini
  • KKM Lancar MyLapor, Pengguna Kini Boleh Buat Aduan Kesalahan Berkaitan Produk Merokok Melalui 3 Cara
  • Opensignal Lancar Peta Interaktif Pertama Di Dunia Papar Sambungan Satelit Ke Telefon Pintar
  • Meta Bangunkan Teknologi RAM Baharu Dikenali Sebagai 'CRAM' Untuk Linux
  • Elak Beli Telefon Android Murah, Didapati Sudah Dipasang Malware Sebelum Dijual
  • Hyundai Dedah Rekaan Kereta Api Berkelajuan Tinggi Generasi Baharu, Mampu Pecut Lebih 400 KM/j
  • Sistem, Perkhidmatan Utama Tabung Haji Kembali Beroperasi - 3 Fungsi THiJARI Masih Belum Aktif
  • Time Internet Tawar Peningkatan Kelajuan Percuma Sehingga 31 Oktober 2026
©2026 WISER.MY