Rekaan Sebenar Galaxy Fold 2 Mula Kelihatan

Sepanjang 2019 ini, kita sudah sedia dijamu dengan peranti bercirikan skrin boleh dilipat daripada pelbagai pengeluar. Gergasi pengel ia ditujukan kepada pengguna-pengguna yang mahukan keunikan pada peranti disamping penawaran paparan lebih luas.

Bergerak menuju ke tahun 2020, kita sedia mendengar gosip berkaitan peranti boleh lipat dari Samsung. Bagi generasi kedua, ia dikatakan akan mempunyai rekaan clamshell iaitu dilipat atas kebawah seperti peranti flip terdahulu.

Antara khabar angin terbaru mengenainya adalah imej rekaan sebenar yang didakwa sebagai Samsung Galaxy Fold 2 mula didedahkan. Rupa bentuknya lebih kurang sama seperti peranti Samsung yang biasa dengan rekaan punch hole diatas paparan. Bezel mengelilingi paparan juga kelihatan sedikit tebal dan ia menjalankan sistem OneUI. Namun begitu, sistem antaramuka tersebut mungkin diubah supaya lebih bersesuaian dengan ciri boleh lipat peranti itu.



Dibahagian luar, terdapat paparan kecil menunjukkan tarikh dan masa diletakkan berhampiran modul dwi kamera. Butang pelaras kelantangan bunyi kelihatan berada pada sisi kanan sementara corong pembesar suara serta port USB C berada dibahagian bawah.



Spesifikasi peranti masih belum diketahui lagi tetapi spekulasi sebelum ini menyatakan ia akan hadir dengan kamera 108MP. Pengenalan Samsung Galaxy Fold 2 dijangka berlangsung pada Februari depan bersama-sama siri Galaxy 11.

Sumber: IceUniverse