Lihat pasaran telefon pintar masa kini, takuk dimana-mana. Tidak kiralah ia Android mahupun iOS, peranti murah mahupun andalan, takuk masih kelihatan.
Bukanlah yang pertama membawakan rekaan takuk pada skrin paparan, tetapi sebagai salah satu yang mempopularkannya ketika dahulu, Apple kini diramal akan membuang takuk dari paparan.
Jangan gembira dahulu kerana perkara ini bukan terjadi pada tahun ini tetapi mungkin seawal 2023, menerusi iPhone 15 atau apa jua nama yang bakal diberikan.
Perkhabaran ini diutarakan oleh Ming-Chi Kuo, yang mana diramalkan pada dua tahun lagi, pengeluar dari Cupertino itu sudah menemukan penyelesaian terhadap masalah peletakkan sensor.
Saat ini, ada juga pengeluar yang menyatakan mereka sudah mempunyai cara untuk menyembunyikan sensor seperti contoh kamera dibawah paparan. Tetapi kita sedia melihat, kualiti yang disediakan masih belum memuaskan. Itu baru kamera, belum lagi sensor-sensor lain yang selalu berada di takuk.
Seperti Apple, dengan ketiadaan takuk mereka bukan sahaja perlu memikirkan hasil swafoto(selfie), malah harus memastikan fungsi FaceID berjalan dengan baik seperti yang ada pada terkini.
Betul ke tidak 2023 Apple akan buang takuk pada iPhone, hanya masa sahaja yang memisahkan kita.
Sumber: PhoneArena